FOODPANDA MENGIMBAU NOSTALGIA DENGAN KUIH-MUIH TEMPATAN


Sempena Hari Malaysia ini, foodpanda bakal mengimbau nostalgia dengan membawakan pelbagai kuih-muih tempatan yang dihasilkan oleh HomeChefs. Antara kuih-muih yang bakal tersedia adalah Karipap, Onde-Onde, Cucur Badak, Pulut Panggang, Keledek Goreng dan Kek Sarang Semut.

Sayantan Das, CEO, foodpanda Malaysia berkata, “Kami berhasrat untuk memperkasakan HomeChefs untuk menjana pendapatan mereka. Ramai di kalangan mereka memulakan perniagaan setelah kehilangan punca pendapatan utama di kala pandemik. Dengan adanya minat mereka yang mendalam dalam bidang penyediaan makanan, kami dapat bekerjasama dengan mereka untuk mengalu-alukan lebih ramai pelanggan ke dalam "dapur" mereka untuk menikmati masakan yang disediakan di rumah. Kami harap dengan pelancaran HomeChefs, kami dapat memberikan pemangkin yang mereka perlukan untuk mencapai lebih ramai pelanggan.”


HomeChef merupakan satu inisiatif yang dimulakan oleh foodpanda bagi menyediakan satu platform untuk cef-cef untuk menjana pendapatan melalui akvititi yang mereka minati iaitu – memasak. Melalui inisiatif ini, cef-cef Malaysia tidak memerlukan wang pelaburan untuk membina kedai dan masih boleh menyediakan makanan daripada dapur mereka sendiri, pada masa yang sama meningkatkan pesanan makanan dan mencapai cita-cita mereka untuk menjadi usahawan.

Menurut pemilik Warung Tok Ciden, Herman Sinwan, pandemik telah menyebabkan dia terpaksa menutup tiga buah restoran di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. “Pada masa itulah saya mengambil keputusan untuk membina perniagaan kecil dari rumah dan menyenaraikannya di aplikasi foodpanda. Platform ini telah banyak membantu saya dalam menjana pendapatan dan saya merasa amat berterima kasih kepada foodpanda.”

Masrufa Binti Madi, pemilik Ameera Kitchen Bake and Cook pula berkongsi bahawa pandemik telah menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji daripada bekas syarikat. “Untuk menghadapi situasi ini, saya telah mencadangkan kepada suami saya untuk membina perniagaan dalam talian. Kami bermula dengan menjual manisan pencuci mulut seperti Banana Cake, Royal Butter dan banyak lagi melalui Facebook dan Instagram. Apabila perniagaan kami lebih kukuh, kami telah mendaftar dan menyenaraikan  perniagaan kami di foodpanda untuk meningkatkan hasil jualan kami.”


Untuk mengetahui inisiatif HomeChef oleh foodpanda, sila layari https://bit.ly/3RHlgZG.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3