INGAT SNEAKER, INGAT BATA. BATA MALAYSIA LANCAR SNEAKER FEST DENGAN 200 GAYA UNTUK DIPADANKAN DENGAN APA JUA MAJLIS


Bata Malaysia memperkenalkan barisan produk yang terkini, asli, bergaya, dengan pelancaran Bata Sneaker Fest 22 menerusi pengenalan koleksi terbaharunya 200 Styles for Endless Occasions di SneakerLah 2022. Koleksi ini diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada matlamat Bata untuk membawakan keselesaan ke dalam inovasinya, membawakan gaya kasual baharu yang selesa bagi memenuhi keperluan gaya hidup harian menerusi koleksi mereka yang menjadi idaman ramai daripada jenama seperti North Star, Power, Bata Red Label, dan banyak lagi.

Bagi menarik minat sasaran penggunanya yang utama, Bata berhasrat menawarkan pelbagai pilihan gaya unik yang menarik, dan mencuit pandangan sambil mencipta suatu perubahan positif terhadap alam sekitar dan masyarakat. Pada masa sama, Bata menawarkan 200 gaya sneaker ini yang sesuai untuk pelbagai acara pada harga yang mampu dimiliki oleh para pengguna.

“Kami gembira kerana akhirnya dapat membawakan Sneaker Fest 22 ke Malaysia. Dikenali sebagai salah satu jenama isi rumah terkenal di Malaysia, kami meneruskan janji kami untuk menghasilkan produk yang selesa, berkualiti dan bergaya. Kami ingin memberi lebih tumpuan kepada usaha untuk memenuhi cita rasa generasi muda di Malaysia dan kami mengambil langkah untuk melancarkan Sneaker Fest 22 di SneakerLah 2022 bagi menunjukkan komitmen dan pelaburan kami yang berterusan inovasi, teknologi dan fesyen berkaitan sneaker. Makmal reka bentuk kami di Kanada, Itali, dan Singapura akan terus membawakan pelbagai pilihan yang terbaik untuk apa jua cara menerusi koleksi ini. Koleksi 200 gaya ini bakal memenuhi segala keperluan gaya hidup rakyat Malaysia yang sentiasa berubah tanpa perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan gaya yang diinginkan,” kata Pengurus Negara Bata Malaysia, Vaibhav Manrao.


Mereka yang benar-benar mengenali jenama ini mengetahui bahawa Bata sememangnya sentiasa berada di bahagian hadapan dalam usaha memperjuangkan fesyen lestari. Ini terbukti melalui siri ‘Power Love Ocean’. Dengan bahagian atas yang diperbuat daripada 100% botol plastik kitar semula, serta kandungan kitar semula lain dalam tapak tengah, tapak luar dan dalam, Love Ocean ialah koleksi mampan pertama Power yang Bata bertujuan untuk menjadikannya lebih besar setiap musim. Jenama itu juga telah menunjukkan hubungan emosi yang kuat kukuh dengan rakyat Malaysia. Ianya telah menjadikan Bata sebagai penjual kasut utama, yang telah memenangi beberapa anugerah sejak ia ditubuhkan di Malaysia. Bata Malaysia baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan pada majlis Anugerah Perniagaan Antarabangsa Malaysia dan memenangi Anugerah Gangsa pada majlis Anugerah Jenama Putra 202 yang mengiktiraf pelbagai pemain industri atas usaha penjenamaan mereka yang telah memberikan impak yang mendalam ke atas pilihan pengguna Malaysia.


Rakyat Malaysia kini boleh mencuba sesuatu yang baharu dengan koleksi 200 Styles for Endless Occasions oleh Bata ini. Dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, rakyat Malaysia boleh menantikan suatu pengumuman yang menarik dengan Surprisingly Bata, yang membawakan barisan produk dan aksesori yang lebih bergaya daripada kasut hinggalah kepada beg, memberikan penampilan dan semangat baharu yang pastinya mempesonakan para pengguna.

Anda boleh mendapatkan koleksi 200 Styles for Endless Occasions di semua kedai Bata, laman sesawang Bata, Shopee (Kedai Rasmi Bata) dan Lazada (Kedai Flagship Bata).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3