REVIEW: KOTAK MINI DISINFEKSI UV-C PHILIPS – HANYA 8 MINIT UNTUK MEMBASMI KUMAN


Keberkesanan sinar UV-C dalam membasmi kuman telah terbukti secara saintifik dan cara ini digunakan di dalam makmal sains, hospital, klinik dan sebagainya. Dengan adanya Kotak Mini Disinfeksi UV-C PHILIPS, kini anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membasmi kuman yang terdapat pada barangan peribadi anda seperti telefon bimbit, mainan, kunci, cermin mata, alat solek, dompet dan sebagainya.

Kotak Mini Disinfeksi UV-C PHILIPS ini dihasilkankan oleh Signify (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting), sebuah syarikat peneraju dalam sinar UV-C yang mempunyai pengalaman dalam teknologi UV melebihi 35 tahun. Dalam kajian yang dilakukan bersama National Emerging Infectious Diseases Laboratories (NEIDL)1 di Boston University, Amerika Syarikat,  sinar UV-C Signify terlah terbukti berkesan untuk menyahaktif SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan penyakit COVID-19.


Rekaan kotak ini tampak menarik - berbentuk bujur, berwarna pastel dan kelihatan seperti kotak "trinket".  


Saiznya yang kecil dan ringan membolehkannya ditempatkan di pelbagai lokasi di rumah seperti kawasan dapur dan berhampiran pintu masuk. Kotak Mini Disinfeksi UV-C PHILIPS efektif melawan virus, bakteria, kulat dan spora yang mungkin membawa penyakit dengan hanya 8 minit sahaja.


Untuk menggunakannya anda hanya perlu memasangkan kabel USB Type C yang dibekalkan ke sumber elektrik. Masukkan objek yang ingin dibasmi kuman ke dalam kotak. Tutup kotak dengan rapat dan tekan butang “on”. Lampu butang “on” akan berkelip-kelip semasa proses disinfeksi dan ini akan mengambil masa kira-kira 8 minit. Sinar UVC akan dipadamkan secara automatik apabila proses tersebut telah selesai.

Bahagian bawah kotak ini dilengkapi dua jalur 'non-slip'

Lampu LED UV-C yang terletak di sisi dalam kotak.

Bahagian dalam kotak mini

Sesuai untuk membasmi kuman pada barangan peribadi anda seperti telefon bimbit, mainan, kunci, cermin mata, alat solek, dompet dan sebagainya.

Kotak Mini Disinfeksi UV-C PHILIPS juga mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dicaj melalui kabel USB Type C dengan menggunakan powerbank.

Kotak ini dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu sensor pada penutup yang akan memadamkan lampu UV-C secara automatik jika penutupnya dibuka.

PERHATIAN! Produk ini memancarkan sinar UV-C. Hindari dari pendedahan sinar UV-C secara langsung pada mata dan kulit. Ikuti panduan keselamatan semasa penggunaan.


Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan Kotak Mini Disinfeksi UV-C PHILIPS. Ia mudah digunakan dan memberikan ketenangan minda dengan memastikan barangan peribadi kecil seperti telefon bimbit bebas daripada kuman yang boleh membawa penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM