KIBARKAN JALUR GEMILANG DAN SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK BERSAMA MAXIM MALAYSIA


31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia, di mana Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British.Pada tahun ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-65. Semangat tahun ini berlainan pada tahun yang lepas di mana kesemua rakyat dapat meraikan dengan gilang gemilang selepas hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19

Maxim Malaysia berganding bahu bersama pemandu bagi menunjukan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara dengan menjalankan kempen kibarkan jalur gemilang. Jalur gemilang merupakan identiti negara dan dengan kesempatan ini Maxim Malaysia percaya bahawa sambutan ini akan dapat menghangatkan kembali suasana kemerdekaan dan memupuk semangat kecintaan dalam diri pemandu aplikasi Maxim khususnya.

Pemasangan bendera pada kenderaan Maxim akan dijalankan di seluruh Malaysia termasuk beberapa daerah di setiap negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pemandu akan diberikan satu bendera dan digalakan untuk memasang di kendaraan masing-masing sehingga 16 September 2022 iaitu Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia boleh nikmati kod promosi pada bulan kemerdekaan “KELUARGAMALAYSIA” untuk pesanan pertama dan berpeluang untuk mendapat RM30 ke dalam akaun Maxim.

Dengan kesempatan ini, Maxim Malaysia juga ingin mengambil peluang untuk mengajak orang ramai mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Bulan Kebangsaan akan menjadi satu platform bersama bagi semua warga Malaysia untuk melahirkan perasaan bangga dan cinta terhadap negara.

Pemandu Maxim boleh mendapatkan Jalur Gemilang and di pejabat Maxim Malaysia berdekatan. Anda boleh membuat tempahan dengan cara yang mudah: melalui aplikasi Maxim atau di talian taximaxim.com/my/.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM