REVIEW: "CONFIDENTIAL ASSIGNMENT 2: INTERNATIONAL” - LUCU, PENUH AKSI DAN MENGHIBURKAN


Filem "Confidential Assignment 2: International” dalah sekuel kepada filem aksi komedi "Confidential Assignment" tahun 2017 yang mengisahkan dua orang pegawai penyiasat dari Korea Selatan dan Utara yang terpaksa bekerjasama dalam satu siasatan kes jenayah. 

Dalam sekuel ini, mereka disatukan kembali untuk satu lagi kes siasatan jenayah, Tetapi kali ini, kekalutan mereka telah digandakan dengan kehadiran seorang pegawai penyiasat FBI dari Amerika Syarikat


Pegawai penyiasat Korea Utara Im Chul-Ryung (Hyun-Bin) telah dihantar ke Korea Selatan dalam misi terbaharu. Sasarannya merupakan ketua penjenayah Korea Utara Jang Myung-Joon (Jin Sun-Kyu). Di Korea Selatan, Im Chul-Ryung digandingkan sekali lagi dengan Pegawai Penyiasat Kang Jin-Tae (Yu Hae-Jin). Oleh kerana kesalahan yang dilakukannya, Kang Jin-Tae kini telah ditukarkan ke bahagian Jenayah Siber dari Unit Siasatan Serantau. Mereka turut disertai oleh ejen F.B.I. Jack (Daniel Henney) untuk memberkas Jang Myung-Joon.


FIlem ini mengekalkan formula yang berjaya melonjakkan filem sebelum ini iaitu babak aksi ngeri yang mendebarkan digandingkan dengan komedi bersahaja yang terhasil daripada berbezaan personaliti watak-watak utama – seorang ejen Korea Utara yang tampan dan cool, dengan seorang pegawai penyiasat Korea Selatan yang kekok dan melucukan.

Para peminat aksi pasti tidak akan dikecewakan kerana filem ini adalah sarat dengan lagak stunt berkordinasi dari awal sehinggalah tamat. Aksi Hyun yang meninggalkan kesan adalah dalam babak aksi pertarungan di atas lif di luar bangunan pencakar langit di Seoul.


Kehadiran Henney di dalam filem ini memberikan satu sensasi baharu dan menyeimbangkan dua watak lama yang dimainkan oleh Hyun-Bin dan Yu Hae-Jin.

Walaupun ada kalanya jalan cerita dan jenaka yang ditampilkan mungkin dirasakan repetitif dan mudah dijangkakan kepada mereka yang pernah menonton filem 2017, ini bukanlah satu kelemahan malah sesuatu yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat filem ini.


Jangan ketinggalan untuk bergelak ketawa dengan aksi "Confidential Assignment 2: International", edaran AtriNaga bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 September ini.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA