RAIKAN WARISAN TRADISI MALAYSIA BERSAMA DENGAN IKEA BULAN SEPTEMBER INI


IKEA bakal menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia ini dengan menawarkan pelbagai juadah kegemaran tempatan serta tawaran eksklusif untuk bulan September sahaja!

Berilhamkan wadah tumpuan warisan tradisi Sweden dan Malaysia
 
Pembungkus bekas makanan buatan tangan ini diilhamkan daripada warna diraja bendera Sweden serta motif batik tradisional kita, yang melambangkan kekayaan warisan Malaysia. 

Mulai 16 hingga 18 September, IKEA akan menawarkan pembungkus bekas makanan edisi terhad ini, eksklusif untuk ahli IKEA Family dengan perbelanjaan minimum RM400 di gedung IKEA. Sepanjang bulan September, satu rangkaian tawaran menarik akan ditawarkan di gedung IKEA untuk ahli IKEA Family sahaja. Sekiranya anda belum lagi menjadi ahli IKEA Family, janganlah risau, daftarlah sekarang juga untuk menikmati manfaat eksklusif ahli di IKEA.my/Family.

Nasi Lemak Goreng

Mulakan hari anda dengan juadah tempatan yang enak-enak belaka!

Setiap rakyat Malaysia pastinya setuju, makanan dan warisan budaya kita berpisah tiada. Malah, sesi makan bersama-sama rakan dan keluarga sememangnya satu detik kegemaran kita semua. Berinspirasikan budaya dan citarasa Malaysia dari kesemua 13 negeri, IKEA telah menghimpunkan satu rangkaian juadah kegemaran tempatan untuk menjamu selera anda!

Ceriakan setiap hari anda dengan beraneka pilihan sarapan pagi yang lazat mulai 11 September di Restoran Sweden IKEA yang tersedia dari pukul 9.30 pagi.

Ligonberry Gelato

Menghayati Kelebihan Berasaskan Tumbuhan

IKEA percaya dengan menawarkan pilihan makanan yang sihat, berpatutan dan lazat mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kehidupan orang ramai di IKEA. IKEA menawarkan 4 perisa ais krim berasaskan tumbuhan yang lazat untuk dinikmati semua. Nantikan lebih banyak lagi kelebihan berasaskan tumbuhan, kerana ini hanya sebagai satu permulaan!

Jamu selera anda dengan pelbagai jenis makanan, tidak kira kudapan, hidangan utama, mahupun pencuci mulut pada bulan September ini dan lihat tawaran terkini di IKEA.my/restaurant

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI