FILEM 'REMP-IT 2' BAKAL MENCETUSKAN FENOMENA SELEPAS 16 TAHUN


Remp-it pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006. Kini, setelah 16 tahun ia kembali dengan nafas dan aksi terbaru melalui Remp-it 2. Dunia permotoran sendiri telah melalui satu perubahan yang agak ketara sepanjang tempoh tersebut seiring berlakunya perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton. 

Menyedari perkara itu, FKX Film tampil dengan filem sulungnya yang mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang lebih matang dalam Remp-it 2. Filem yang menjalani penggambaran pada hujung 2019 ini terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pendamik Covid-19 yang melanda dunia.


Remp-it 2 merupakan sambungan dari Remp-it (2006) namun, dengan kecanggihan teknologi penggambaran sekarang, semua aksi perlumbaan berlaku di siang hari. Penonton dapat menyaksikan aksi perlumbaan tersebut dengan lebih jelas. Remp-it 2 juga mengetengahkan pelbagai jenis motosikal dari pelbagai kategori termasuk motosikal biasa seperti Y15, RS, RXZ, 12Z, motorcross, cub prix sehinggalah ke superbike. Elemen motosikal digerakkan oleh elemen-elemen persahabatan dan kekeluargaan membuatkan Remp-it 2 sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

FKX Film menujukan filem ini kepada lagenda-lagenda sukan permotoran Malaysia yang telah banyak mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Perjuangan mereka tanpa mengenal erti jemu dan sehingga sampai mempertaruhkan keselamatan dan nyawa mereka sendiri. Seperti pejuang tanahair yang lain, mereka juga perlu diraikan dan kisah hidup mereka juga perlu difilemkan. Remp-it 2 merupakan salah satu usaha dari Penerbit dalam jangka masa panjang boleh melahirkan pelumba-pelumba yang mampu mengharumkan lagi nama negara di dalam arena permotoran.


Filem Remp-it 2 ini diterbit dan diarahkan oleh Farid Kamil selain bertindak sebagai pelakon utama disamping barisan pelakon seperti Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Muhammad Kamil a.k.a Che Mad yang telah memberi mutu lakonan yang meyakinkan pada usia 7 tahun.

SINOPSIS

REMPT-IT 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Madi 16 tahun selepas kejadian yang menimpa Madi dan Spark dulu. Madi sekarang bekerja sebagai instructor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy dan mengusahakan bengkel bersama Macha. Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.

Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut. Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi menerjah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya. Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara. Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi.


Sedang Madi cuba lari dari hakikat bahawa dia sudah kembali berlumba, muncul seorang kanak-kanak bernama Muhammad yang mengaku sebagai anak Madi. Madi dan Macha hilang punca kerana tidak tahu siapa ibu Muhammad. Kemunculan Muhammad menambahkan beban dalam kepala Madi. Dia tidak pernah mendekati kanak-kanak dan kini terpaksa hidup bersama seorang kanak-kanak.

Penggambaran yang dilakukan selama 55 hari di lokasi-lokasi yang dipilih sesuai dengan jalan cerita termasuk Ulu Choh Johor, Melaka, Gong Badak Terengganu, Sungai Lembing Pahang, serta sekitar Lembah Klang termasuk Litar Antarabangsa Sepang.


Kepada semua peminat dunia permotoran, nantikan Remp-it 2 di pawagam 24 Nov 2022 ini.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA