ASICS GEL-LYTE™ III “TEHTARIK” HILANGKAN DAHAGA PENGGEMAR SNEAKERS
ASICS Sportstyle telah mengumumkan kerjasama terbaharu mereka dengan SneakerLAH dan Hundred% untuk menghasilkan satu lagi kasut yang diilhamkan daripada unsur tempatan, ASICS GEL-LYTE™ III “Teh Tarik”!
Susulan kejayaan GEL-Kayano™ 5 OG “Nasi Lemak” (2019) dan GEL-LYTE™ III “Kuala Lumpur Twin Towers” (2020), konsep kerjasama tahun ini menggabungkan siluet ASICS yang paling menonjol, GEL-LYTE ™ III, dengan minuman paling popular di Malaysia, Teh Tarik.
ASICS GEL-LYTE™ III “Teh Tarik” akan berada di pasaran dengan harga RM 699 sepasang mulai 3 Disember di HOME Concept Store dan 4 Disember melalui undian dalam talian di SneakerLAH.com.
Comments
Post a Comment