MEDIA PRIMA MELANCARKAN KEMPEN TAHUN BAHARU CINA 2023 #LOVEYOUTU (兔)


Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang bakal tiba pada 22 Januari 2023, Media Prima Berhad menerusi 8TV, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia dengan kerjasama saluran radio 8FM, portal video Tonton, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) telah melancarkan kempen Tahun Baharu Cina 2023 #LoveYouTu untuk menyebarkan keriangan serta membina semangat baharu dalam menempuhi tahun baharu ini.

Sesi pelancaran kempen #LoveYouTu telah berlangsung di The Westin Kuala Lumpur pada malam ini. Acara tersebut juga disiarkan secara langsung di 8TV dan strim secara langsung di portal video www.tonton.com,my dan juga laman sosial rasmi Facebook di 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN.

Selain paparan aktiviti dan kandungan TV yang menarik, Media Prima juga tidak ketinggalan untuk melancarkan album Tahun Baharu Cina bertemakan #LoveYouTu, memperkenalkan maskot CNY 2023, cenderahati eksklusif serta memperkenalkan 24 orang CNY Buddies 2023 yang terdiri daripada personaliti TV, penyampai radio dan selebriti popular iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Rickman Chia, Orange Tan, Tan Ley Teng, Natalie Ng, Ash Lu, Jan Chin, Desmond Tey, Royce Tan, Angeline Ooi, Hana Teo, Tan Chia Yong, Emerson Liang, X.Long Ngoi, Charlotte Seow, Emily Chua, Choo Yee Jie, Houson Ng, Bryan Matthew, Victoria Ng, Minsley Chin, Loh Chen Yuk dan Gino Wong.


Kempen #LoveYouTu kembali dengan penganjuran acara padang yang menyeronokkan bersama dengan penonton setia 8TV setelah penularan Covid-19 semakin reda pada masa ini. Dimulakan dengan sesi jelajah CNY Truck ke beberapa lokasi strategik Malaysia bermula bulan Disember dimana program variasi ‘CNY Fun Together’ akan mengadakan siri rakaman khas bersempena dengan kempen CNY 2023.

Selain itu, kempen #LoveYouTu menampilkan barisan CNY Buddies 2023 dan selebriti popular bakal mengembara ke Ipoh, Perak dan Melaka pada bulan Januari 2023 untuk merasai kehangatan dan kemeriahan sambutan CNY 2023 bersama masyarakat tempatan!



Sambutan Tahun Baharu Cina pasti lebih meriah dengan dendangan lagu - lagu CNY. Album Tahun Baharu Cina 2023 memuatkan dua buah lagu iaitu “Huo Li Man Fen Love You Tu” yang dinyanyikan oleh kesemua CNY Buddies 2023 dan juga lagu remake “Reunion Dinner 2023” yang dinyanyikan oleh barisan penyampai Mandarin News 8TV. Jom kita sambut cabaran #LoveYouTu Dance Challenge di laman Instagram! Rakamkan video tarian anda dengan menggunakan 15 saat daripada bahagian korus lagu tema CNY 2023 dan muat naik ke Instagram. Video-video yang terpilih bakal menerima hadiah misteri.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai Kinohimitsu X 8TV CNY Reunion Dinner Contest. Anda hanya perlu berkongsi tentang momen reunion dinner yang paling sukar dilupakan di laman media sosial. 10 peserta bertuah bakal dipilih untuk menyertai Kinohimitsu X 8TV CNY Reunion Dinner.

Sepanjang berlangsungnya kempen #LoveYouTu pada bulan Disember 2022 sehingga ketibaan Tahun Baharu Cina 2023, 8TV juga turut menyediakan program - program istimewa Tahun Baharu Cina 2023.
  • Mission Homecoming lakonan oleh Wilson Lee, Chen Keat Yoke, Chee Jun Cherng, Yong Zhen Ning, Mayjune Tan, Sherlyn Seo, Eric Chen, Loh Chen Yuk bermula 9 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam
  • My Future Sons-In-Law, bermula 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu & Ahad, pukul 9.00 malam menampilkan pelakon - pelakon seperti Jordan Sen, Kendra Sow, Orange Tan, Loo Aye Keng, Sam Chong, Minsley Chin, Chai Zi dan Diana Kok.
  • CNY Fun Together, bermula 25 Disember 2022, setiap hari Ahad, pukul 10.00 malam.
  • As You Wish dihoskan oleh Gary Yap dan menampilkan Feng Shui Master, Dr. Clement Chan Ting Bong, bermula 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu, pukul 9.30 malam.
  • Good Luck Together 2023 dihoskan oleh Desmond Tey dan Tan Lay Theng menampilkan Master Dato’ Anthony Cheng, bermula 1 Januari 2023, setiap hari Ahad, pukul 6.00 petang, 4 episod.
  • Ho Chak! CNY Special 2023 dihoskan oleh Rickman Chia dan Orange Tan, bermula 1 Januari 2023, setiap hari Ahad, pukul 6.00 petang, episod khas CNY 2023 pada 22 Jan 2023, pukul 7.00 malam.
  • Family Cooking Show, bermula 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam.
  • CNY Showdown 2023 yang bersiaran pada 22 Januari 2023, pukul 9.00 malam merupakan program variasi sambutan Tahun Baharu Cina 2023 bersama-sama dengan lebih daripada 30 selebriti popular di Tokong Si Thian Kong Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • A New Journey CNY Special, 21 Januari - 23 Januari 2023, Sabtu hingga Isnin, pukul 7.30 malam
  • Living Delight CNY Special bermula 9 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 2.00 petang.
  • 8 E-News CNY Special, bermula 9 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 5.30 petang.
Kempen #LoveYouTu ini disokong oleh rakan - rakan penaja seperti AEON, Ensure Gold, Nivea, foodpanda, Ginvera, Carnation, Jasmine, Kinohimitsu, Meta Academy, Kedai Buku Popular, OXWHITE dan Durio.


Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang kempen #LoveYouTu, ikuti laman media sosial rasmi Facebook @8TVbadukongjian, @bestoflocal8TV dan Instagram @8TVMalaysia, @bestoflocal8TV. Gunakan #LoveYouTu untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING