SIGNATURE MARKET SERTAI TASTEFULLY FOOD EXPO, KONVENSYEN F&B TERBESAR DI MALAYSIA SEBAGAI RAKAN KONGSI UTAMA


Tahun ini, Signature Market akan mengambil bahagian dalam ekspo makanan dan minuman terkemuka Malaysia, Tastefully Food Expo Malaysia yang akan diadakan di Pusat Pameran Midvalley Kuala Lumpur dari 13-15 Januari. Sempena meraikan penyertaan julung kalinya sebagai rakan kongsi utama Tastefully, Signature Market akan menawarkan produk, barangan dan hadiah eksklusif edisi terhad. 

Perkongsian ini adalah sebahagian daripada usaha jenama itu untuk meningkatkan lagi kehadirannya di pasaran dan dalam talian di Malaysia, berhubung dengan pelanggan setianya dan mempromosi kelazatan snek berkhasiat dan produk kesihatan holistik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Sempena ekspo itu, Signature Market telah melancarkan [Signature Market x Tastefully] Blooming Prosperity Gift Box yang merangkumi produk bernilai RM60, tetapi akan dijual pada harga RM9.88 sahaja. Set eksklusif itu hanya boleh dibeli melalui laman sesawang jenama itu dengan pengambilan di kaunter penebusan di ekspo tersebut (Lampiran 1). Signature Market akan menyediakan tiga gerai di Tastefully Expo, gerai utama di dewan utama dan dua gerai lagi di dewan bersebelahan. Para pengunjung akan berpeluang untuk melihat dan membeli produk Signature Market di setiap gerainya.

Selain set eksklusif itu, pengunjung juga akan mendapat beg cenderahati Signature Market apabila mendaftar kehadiran mereka di kaunter penebusan ekspo. Mereka juga berpeluang mengambil bahagian dalam dua cabutan bertuah dan aktiviti pentas lain yang dianjurkan oleh Tastefully dari 12 tengahari hingga 3 petang, manakala aktiviti pentas Signature Market akan bermula dari 1.30 petang hingga 2 petang dan 7.30 malam hingga 8 malam. Dengan perbelanjaan minimum RM100, pengunjung berpeluang untuk menyertai peraduan Teka dan Menang Signature Market yang dijalankan setiap hari dengan jumlah tawaran hadiah sehingga RM 388,000 yang akan diberikan kepada 20 pemenang setiap hari. 


Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang.

 


Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU