Setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan bagi bufet Ramadan tahun lepas, Zebra Square Kuala Lumpur kembali lagi dengan menu bufet Ramadan yang lebih lazat dengan harga yang lebih mesra-dompet tahun ini.
Kongsikan nikmat berbuka puasa Ramadan dengan menjamu selera bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda di Zebra Square Kuala Lumpur bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023.
Hidangan bufet yang menampilkan lebih daripada 88 jenis hidangan bakal disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru dapur yang berdedikasi.
Menu bufet Ramadan kali ini menampilkan masakan tempatan yang menjadi kegemaran ramai, hidangan barat yang lazat serta gerai-gerai yang rnenyajikan pelbagai hidangan sampingan, kudapan, pencuci mulut dan bubur manis.
Dengan kapasiti tempat duduk 250 hingga 300 setiap hari, Zebra Square Kuala Lumpur menawarkan suasana yang selesa untuk berbuka puasa.
Makanan yang wajib dicuba adalah Kambing Golek yang diperap dengan ramuan istimewa dan dibakar dengan sempurna setiap hari.
Selain Kambing Golek, hidangan bufet ini juga menampilkan makanan kampung asli tradisional seperti Daging Gulai Kentang Utara yang lembut, Ikan Masin Nanas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Sotong, dan Lempeng & Sambal Bilis.
 |
Ikan Bakar |
 |
Sate Ayam & Daging |
 |
Kambing Bakar |
 |
Ayam Palembang |
 |
Ikan Sweet & Sour |
 |
Ikan Masin Lemak Manis |
 |
Ikan Keli Goreng Berlada |
 |
Asam Pedas Daging Tetel |
 |
Terung Sambal |
 |
Daging Masak Lemak Cili Api |
 |
Sayur Campur |
 |
Kari Ayam |
 |
Ayam Goreng Masala |
 |
Ayam Masak Lemak Cili Api |
 |
Kangkung Belacan |
 |
Mi Goreng |
Pelbagai pilihan kuih Melayu & Nyonya tradisional, puding, kek, dan minuman “Air Balang’ yang menyegarkan juga disediakan untuk melengkapkan hidangan berbuka puasa.
 |
Buah-buahan segar & manisan pencuci mulut |
 |
Aneka kuih-muih |
 |
Punch buah-buahan & Cendol Istimewa |
Jangan lupa untuk mencuba Cendol Istimewa yang menjadi kegemaran ramai.
Harga Bufet Ramadan di Zebra Square KL adalah seperti berikut:-
- Dewasa: RM85.90/dewasa;
- Kanak-kanak (berumur di bawah 12 tahun): RM45.00/kanak-kanak;
- Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas): RM 45.00/warga emas.
Pembelian awal (early bird) 26 Februari 2023 hingga 20 Mac 2023 menawarkan belian 5 tempat duduk dengan percuma 1 tempat duduk dan sehingga 50 tempat duduk.
Zebra Square menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik memenuhi keperluan dan keselesaan untuk para pelanggan. Kemudahan fasiliti sambungan Wi-Fi, sistem audio visual canggih, dan akses tempat letak kereta PERCUMA.
Zebra Square Kuala Lumpur juga menawarkan tempat yang ideal kepada yang berminat untuk mengadakan sebarang acara atau majlis, perkahwinan, persidangan atau lain-lain dengan pakej harga yang sangat menarik.
Pihak Zebra Square Kuala Lumpur bakal menyantuni anak-anak yatim dan rumah perlindungan dan serta berkongsi rezeki bersama mereka sempena bulan Ramadan ini. Para dermawan dialu-alukan untuk menderma kepada anak-anak yatim tersebut. Mereka yang berminat untuk menyumbang kepada tabung ini boleh menghubungi pihak Zebra Square untuk maklumat lanjut.
Zebra Square Kuala Lumpur
No.18 & 20, Jalan Kampung Pandan,
Off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment