NESPRESSO KETENGAHKAN CINTA ITALI TERHADAP KOPI BERSAMA IKON FESYEN CHIARA FERRAGNI


Nespresso memulakan tahun baharu dengan penuh gaya bersama ikon fesyen Itali, Chiara Ferragni, yang telah memulakan sebuah perjalanan penuh penerokaan melalui cinta beliau terhadap kopi dengan sebuah siri filem pendek empat bahagian. Diinspirasikan oleh rasa lazat dan tradisi kopi serantau Itali, Chiara, bersama-sama dengan Nespresso, telah menghasilkan sebuah koleksi edisi terhad yang mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana dengan pelancaran kopi Milano Intense, aksesori, serta sebuah mesin kopi yang memberi penghormatan kepada suasana bandar dan tempo kontemporari bandar Milan.


Bersama ahli sejarah terkenal, Filippo Cosmelli, Chiara memulakan pengembaraan beliau dengan mempelajari sejarah menarik budaya kopi Rom dan tradisi serta kreativiti bandar indah tersebut. Bersama-sama, mereka berdua melawat pelbagai lokasi ikonik, termasuklah Antico Caffè Greco di mana mereka menikmati espresso Roma dan meneroka tradisi memanggang gaya Itali. Perjalanan Chiara diteruskan ke seluruh bandar Milan, inspirasi sebenar di sebalik rekaan, rasa, dan nota kopi Milano Intense, yang berasal daripada lokasi bersejarah seperti Villa Necchi, Palazzo Montedoria dan Gereja Duomo. Menara-menara emas Duomo dan rekaan khas geometrik hijau gelap dengan aksen emas Villa Necchi boleh dilihat dalam koleksi edisi terhad tersebut, menyatukan para peminat kopi di serata dunia dengan keanggunan abadi dan suasana klasik.

Chiara menikmati secawan Milano Intenso di Antico Caffè Greco.

Mengulas mengenai kerjasama beliau dengan Nespresso, Chiara Ferragni berkata: “Cinta saya terhadap kopi dan Itali tidak mengenal batasan, oleh itu saya teruja dapat bekerja sama sekali lagi dengan keluarga Nespresso yang saya hargai untuk menghasilkan koleksi edisi terhad ini. Rangkaian terbaharu ini diilhamkan oleh kreativiti dan budaya Milan yang kaya, dan saya sangat gembira dapat menghasilkan kopi yang penuh kelazatan dengan aksesori dan mesin yang cantik untuk dinikmati para penggemar kopi di mana sahaja mereka berada.”


Rasa Itali diilhamkan oleh Milano

Penambahan edisi terhad rangkaian Ispirazione Italiana 2023 oleh Nespresso ini dinamakan Milano Intenso, yang dicipta untuk membolehkan para penggemar kopi untuk meraikan bandar Milan yang penuh warna warni. Dengan keseimbangan antara nota buah-buahan dan sedikit kilauan rempah, kopi tersebut akan membawa peminumnya ke destinasi penuh warisan artistik, gaya hidup penuh mewah, dan rasa yang unggul. Milano Intenso merupakan epitome keanggunan, sejarah, dan kepakaran kopi Itali.

Menghidupkan deria rasa dengan kombinasi klasik nota bijirin panggang dan koko, para peminum kopi akan dapat merasai roti dan coklat gelap dengan setiap hirupan. Nespresso mengesyorkan kopi ini dinikmati sebagai kopi kapucino, di mana nota-nota lada, beri dan buah-buahan dapat dirasai. Ia menggunakan teknik panggang split roast, di mana sebahagian besar biji kopinya dipanggang sederhana, manakala selebihnya yang terdiri daripada biji kopi Robusta dipanggang sehingga sangat gelap.


Hayati budaya Itali dengan pilihan aksesori yang direka dengan elegan

Koleksi edisi terhad ini terdiri daripada satu set edisi terhad cawan espresso berwarna hitam dan emas matte, yang membolehkan peminum kopi menikmati minuman mereka dengan penuh gaya. Para penggemar kopi juga boleh mendapatkan mesin kopi Nespresso CitiZ edisi terhad dengan sentuhan Itali - dibaluti karya seni menarik yang mengingatkan kepada Villa Necchi Campiglio di Milan dan sesuai digunakan untuk menikmati rangkaian kopi Ispirazione Italiana Nespresso, termasuklah Milano Intenso.

Para penggemar kopi kini boleh menikmati kopi dengan penuh gaya dengan koleksi edisi terhad Ispirazione Italiana yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Chiara Ferragni. Ispirazione Italiana Milano Intenso boleh didapatkan dengan harga RM3.20 per kapsul, manakala set dua cawan espresso berwarna hitam dan emas matte pula boleh didapatkan dengan harga RM159.

Penggemar kopi juga boleh membawa pulang mesin kopi Nespresso CitiZ pada harga RM999.

Koleksi edisi terhad tersebut boleh didapatkan di The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park, Mont Kiara and Gurney Plaza, Penang; selain melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman web rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan melalui Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 80 7001 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, bebas tol). Ikuti @nespresso.my untuk mengikuti semua berita terkini Nespresso.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025