EKSKLUSIF: EKSPLORASI HUTAN BERSAMA RESORTS WORLD GENTING BAGI MERAIKAN HARI HUTAN SEDUNIA 2023


Sempena Hari Hutan Sedunia 2023, team Femagonline telah menerima jemputan daripada Resorts World Genting untuk menyertai Lawatan Eksplorasi Hutan Genting pada 15 Mac lalu. Kami dialu-alukan oleh hos, Eddie Chan daripada Genting Nature Adventures untuk mengenali lebih dekat dengan kawasan alam semula jadi di sekitar Resorts World Genting (RWG), Genting Highland dan juga aktiviti-aktiviti hiking berpandu (guided nature trail walks) yang ditawarkan.

Sesi taklimat oleh Eddie Chan daripada Genting Nature Adventures

Hari Hutan Antarabangsa 2023 diraikan pada tarikh 21 Mac 2023 dengan tema ‘Hutan dan Kesihatan’ yang menyeru orang ramai untuk menyedari kepentingan hutan dan menyayangi alam sekitar kerana hutan yang sihat akan menghasilkan orang yang sihat juga.

Foto: GENM

Sebelum kami dibawa untuk eksplorasi ke dalam hutan, kami telah diberikan taklimat tentang kawasan hutan yang terdapat di sekitar Resorts World Genting dan juga langkah-langkah penjagaan dan pemuliharaan hutan yang dijalankan oleh pihak RWG untuk mengekalkan aset biodiversiti di Genting Highlands.  

Dalam mempromosikan bio-pelancongan, RWG memengang teguh kepada 4 teras pengurusan alam sekitar iaitu – CONSERVATION (Pemuliharaan), PRESERVATION (Pemeliharaan), SUSTAINABILITY (Kelestarian) dan EDUCATION (Pendidikan).


Dalam proses melindungi hutan di sekitar Genting Highland, RWG telah mengenal pasti tiga Taman Biodiversiti (BIO Parks), iaitu Taman Bio Awana (Hutan Gunung Balak -3,000 kaki dari aras laut), Taman Bio Chin Swee (Hutan Gunung Oak - 4,500 kaki) dan Taman Bio Genting (Hutan Mossy - 6,000 kaki).

Hutan-hutan ini adalah penting kepada biodiversiti kerana ia didiami oleh pelbagai flora dan fauna termasuk kian terancam oleh penebangan hutan dan pencemaran alam. 

Lorong buggy ke Taman Bio Awana. Kelihatan saluran paip yang telah dibina sejak tahun 70an untuk membekalkan air ke RWG dari sumber air di dalam hutan.  

Taman Bio Awana (Hutan Gunung Balak -3,000 kaki dari aras laut)

Hutan Fesyen - Taman Bio Awana

Kami telah dibawa menaiki kereta buggy ke Hutan fesyen yang terletak di dalam Taman Bio Awana. Hutan ini dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi!   

Taman Bio Awana ditumbuhi pokok-pokok balak yang tinggi.  

Taman Bio Awana juga menjadi habitat kepada beberapa kelompok keluarga siamang. Kami dapat melihat dengan mata kami sendiri beberapa ekor siamang bergayutan di dahan-dahan pokok yang tinggi sambil mengeluarkan bunyi seolah-olah mengalu-alukan kehadiran kami di sana.


Sebagai aktiviti simbolik Hari Hutan Sedunia, kami telah diberi peluang untuk menanam sendiri pokok Bekak Aglaia di Awana Bio Park. Pokok Bekak adalah penting kerana buah-buahnya menjadi makanan kepada burung enggang yang terdapat di sini.

Foto: GENM

Taman Bio Awana ditumbuhi pokok-pokok balak gunung yang tinggi, lebih dari 12 spesies. Ia juga didiami oleh satu spesies siamang dengan 40 puluh kelompok yang telah direkodkan, empat spesies monyet, lebih 300 spesies rama-rama, amfibia, reptilia, ular dan mamalia. Terdapat lebih 250 spesies burung gunung di Taman Bio Awana dan ini menjadikannya syurga kepada penggemar burung liar.

Taman Bio Chin Swee (Hutan Gunung Oak - 4,500 kaki) 


Seterusnya kami dibawa ke Rumah Berhala Chin Swee untuk melawati Taman Bio Chin Swee.  


Keindahan hutan boleh diamat dari Rumah Berhala Chin Swee yang menjadi tarikan pelancong yang popular. Di sini kami dapat melihat dari jauh jejak denai - Heritage Trail dan Dragon Back Trail yang dijangkakan akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.


Spesies tumbuhan utama di hutan ini adalah Mempening, Berangan dan Medang. Ia juga menjadi habitat kepada 5 spesies tumbuhan periuk kera, pokok konifer dan sebagainya. Haiwan-haiwan kecil seperti ular dan juga burung-burung berhijrah (migratory) juga terdapat di sini.


Taman Bio Genting (Hutan Mossy - 6,000 kaki


Akhir sekali kami dibawa ke puncak Genting Highlands, untuk melawati Mossy Forest/ Montane Ericaceous Forest.


Dalam perjalanan ke atas, kami melihat banyak spesies tumbuhan periuk kera yang tumbuh meliar di sepanjang denai. 


Ingin kami maklumkan bahawa tumbuhan periuk kera di Genting Highlands adalah spesies yang dilindungi dan Hutan Mossy adalah kawasan milik persendirian dan tidak dibuka kepada orang ramai.

Dilarang menceroboh!

Taman Bio Genting (6,000kaki) menjadi habitat kepada satu spesies kambing gunung yang jarang ditemui, terdapat lebih 500 species rama-rama dan lebih 100 spesies serangga.

Pihak RWG telah mengambil keputusan untuk memagari kawasan hutan mossy kerana terdapat kes-kes pencerobohan dan mengambil tumbuhan periuk kera tanpa kebenaran. 


Nepenthes sanguinea

Nepenthes sanguinea

Nepenthes macfarlanei

Team FemagOnline ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak RWG terutamanya Mr Eddie Chan yang banyak memberikan maklumat tentang langkah-langkah pemulihaaraan alam sekitar di Genting Highlands dan memperkenalkan banyak spesies tumbuhan seperti periuk kera kepada kami dan para pembaca kami! 

SELAMAT MERAIKAN HARI HUTAN ANTARABANGSA! 

Kiri Nepenthes ramispina, Kanan - Nepenthes macfarlanei

Kepada yang gemarkan aktiviti hiking, pada masa ini, hanya denai alam - Awana Trail dan Clearwater Way boleh diakses melalui Resorts World Awana. Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com

Pihak RWG bakal membuat pra-pelancaran bagi Heritage Trail di bulan April, Memorial Trail di bulan September dan Dragon Back Trail di bulan Januari 2024.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO