FAZURA BUKA BUTIK TERBAHARU DI SUNWAY PUTRA MALL & LANCAR TAYANGAN PERDANA KEMPEN HARI RAYA 2023


Perasmian pembukaan butik terbaharu FAZURA di Sunway Putra Mall telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Ini adalah butik kedua FAZURA selepas yang pertama telah dibuka di The Curve Damansara pada tahun lepas. 


Butik di gedung membeli-belah terkemuka Sunway Putra Mall adalah yang pertama pada tahun 2023 dan ianya akan disusuli dengan pembukaan dua lagi butik FAZURA masing-masing di Ipoh Parade, Ipoh, Perak dan di Aman Central, Alor Setar, Kedah. Setiap butik FAZURA menawarkan rangkaian pelbagai produk di bawah jenama FAZURA terutama Tudung FAZURA yang popular.


Adalah kelaziman unik pada setiap pelancaran rasmi sesuatu koleksi Tudung Fazura diiringi dengan kempen video yang menarik perhatian dan membawa mesej tertentu. 


Keunikan pendekatan ini adalah sinonim dengan Tudung FAZURA dan menjadi fenomena yang sentiasa dikaitkan dengan jenama tudung terkenal ini. Setiap koleksi mempunyai nama khas dan setiap tudung dalam koleksi juga diberikan nama istimewanya, sesuai dengan corak dan rekaan yang ditawarkan kepada para peminat.


“Merdeka”, “Sinar”, “Kenangan Kita”, “Kakak Kita” dan “Kakak Kita Kembali” adalah antara video kempen koleksi Tudung Fazura yang telah mendapat sambutan popular dan masih boleh ditonton sehingga ke hari ini.


Membuka lembaran baharu tahun ini dan sempena perasmian butik terbaharu, Nur Fazura dan Fattah Amin telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan penubuhan FAZURA Pictures Sdn. Bhd.

“Alhamdullillah, Faz dan Fattah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat mengorak langkah baharu bermula tahun ini melalui penubuhan syarikat produksi kami sendiri. Kami ingin menjadikan syarikat ini sebagai pelantar untuk kami meneruskan minat dalam berkarya dan memberikan hasil yang baik untuk dikongsikan bersama para peminat. Karya-karya FAZURA Pictures Sdn. Bhd. akan membawa hasil “signature” kami berdua sebagai anak seni”.


Lantasan itu, Tayangan Perdana dua karya sulung FAZURA Pictures iaitu “Adinda” dan “Kakak Kita ke Jakarta” telah diadakan di TGV Cinema Sunway Putra Mall sempena kempen Hari Raya 2023. Tayangan tersebut turut diserikan dengan pelancaran kejutan koleksi Rampaian Pahang iaitu Baju Kurung Pahang yang telah mendapat sambutan hangat para pembeli suatu ketika dulu.


Kempen video untuk dua koleksi tudung terbaharu iaitu “Adinda” untuk Tudung FAZURA (White Label) dan “Kakak Kita ke Jakarta” untuk Tudung FAZURA (Pink Label) yang ditayangkan kepada para jemputan telah dihasilkan dengan arahan Bahri Umararif. 

Pengambaran untuk kedua-dua kempen video ini telah dibuat di Cameron Highlands, Pahang dengan kerjasama BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) serta di Kuala Lumpur dan Jakarta, Indonesia. Baru-baru ini, pengambaran untuk koleksi “Halaman Kasih” Tudung FAZURA telah diadakan di Bali, Indonesia.

Tetamu kehormat yang hadir ke sesi Tayangan Perdana tersebut termasuklah Bapak Hendra P. Iskandar, Minister Counsellor (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia, wakil FINAS dan rakan korporat FAZURA. Turut menyerikan majlis ialah rakan selebriti, Besties FAZURA dan juga ahli keluarga Fazura dan Fattah Amin.


Pada tahun ini juga jenama FAZURA telah menjalinkan kerjasama dengan CelcomDigi dan juga AEON Co. (M) Bhd. membolehkan para peminat mendapatkan barangan jenama FAZURA dengan promosi hebat. Fazura dan Fattah juga akan menjelajah ke lokasi tempatan terpilih di sepanjang bulan Ramadan ini termasuk di KLCC, Ipoh Parade, Aman Central dan di beberapa AEON Mall. Selain itu, para peminat akan terus dapat membeli Tudung Fazura (White Label) secara eksklusif dari Besties FAZURA.

“Alhamdullillah, kami bersyukur kerana banyak program dan kerjasama unik telah disusun untuk para peminat sempena kempen Hari Raya 2023. Kami teruja untuk berkongsi detik-detik istimewa bersama para peminat dan rakan-rakan”.

Kredit foto: Bangsawan

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM