LAZADA JADIKAN BUKIT BINTANG SEBAGAI LANDASAN PERAGAAN FESYEN RAYA PENUH BERGAYA


Mencetuskan keceriaan Raya sempena Aidilfitri yang bakal disambut pada bulan hadapan, Lazada memeriahkan Segitiga Emas pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang dengan menjelmakan peragaan Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor di landasan fesyen sepanjang 500m. 

Ia menampilkan lebih daripada 10 jenama fesyen terkemuka tempatan dan dipersembahkan sebagai lookbook langsung, justeru memberi peluang kepada peminat fesyen dan orang ramai untuk mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Lebih daripada 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang menuju ke arah pentas finale di CommonsKL @ BBPark sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama ekslusif seperti Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop. Peragaan tersebut mengundang perhatian orang ramai di persimpangan lintasan paling sibuk dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden. Keseluruhan acara tersebut telah disiarkan menerusi strim langsung LazLive dan juga bersiaran secara serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia. Ia turut dipaparkan di beberapa skrin digital LED out-of-home di sekitar Bukit Bintang, termasuk di papan tanda CuBIG dan The Cube @ Bukit Bintang.


Peragaan Fesyen Raya LazLook yang lain daripada yang lain ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat kategori fesyen dan pelanggan tempatan, khususnya kerana ia adalah antara kategori paling hangat yang menyemarakkan jam pertama Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula pada 3 Mac 2023 di seluruh Asia Tenggara. Malah, apabila mereka ingin mencari dan membeli produk fesyen, para pelanggan di Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan platform eDagang seperti Lazada, yang mana lebih daripada separuh para pelanggan (53%) menggunakannya untuk carian produk, lantaran faktor utama seperti harga (74%), tawaran diskaun (69%) dan maklumbalas pelanggan (47%) yang membantu mereka membuat pertimbangan sebelum membeli.

"Para pelanggan di Malaysia kini membuat pembelian produk fesyen secara dalam talian dan juga di butik atau kedai, dan kebanyakannya lebih dari sekali sebulan. Kami juga memahami kecenderungan orang ramai untuk menggunakan platform eDagang apabila mereka mencari produk yang diperlukan. Justeru itu, Lazada berusaha untuk menawarkan beraneka produk untuk sambutan Aidilfitri kepada para pelanggan, khususnya bagi kategori fesyen dan kecantikan. Fesyen Raya LazLook telah ditatagayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan.

"Selain itu, kami juga berbesar hati dapat berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan untuk mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang glam dan unik, dengan menjelmakan Bukit Bintang menjadi landasan fesyen dan membawakan suatu kelainan yang tidak dijangka. Kesemua koleksi baharu yang ditampilkan kini tersedia di Lazada dan para pelanggan hanya perlu klik pada ikon LazLook. Terdapat juga pelbagai inspirasi gaya Raya serta jenama Muslimah kegemaran ramai di Lazada, serta ganjaran tambahan dan penjimatan berganda seperti 'Everyday Cashback' dan 'Penghantaran Percuma' sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada," kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

Fesyen Raya LazLook telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan CommonsKL@BBPark. Strim langsung acara tersebut turut menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel semasa peragaan fesyen finale. Di samping paparan koleksi Raya terbaharu oleh pereka fesyen dan jenama yang sedia untuk dibeli, terdapat juga perkongsian petua dan tip stail penggayaan yang menarik. Malah, terdapat pelbagai aktiviti shoppertainment seperti permainan dan cabaran untuk para penonton dalam talian dan mereka yang menghadiri acara pada hari tersebut, dengan peluang untuk memenangi hadiah dan baucar bernilai lebih RM50,000.

Klik di sini untuk melayari lebih 250,000 pilihan koleksi Raya yang menawan pada harga yang berpatutan di Lazada dan ikuti saluran media sosial Lazada Malaysia untuk makluman yang terkini.

 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO