MAXIM MEMPERKASAKAN PEMANDU WANITA DENGAN PELUANG MENJANA PENDAPATAN SENDIRI


Hari Wanita Sedunia diraikan pada 8 March 2023 bagi menghargai semua wanita di luar sana, dengan peluang ini Maxim ingin menyatakan kepentingan untuk bersuara hak-hak wanita dan kepentingan mengambil berat mengenai apa yang wanita mahukan.

Pemerkasaan wanita merupakan salah satu perkara utama dan penting yang menarik perhatian Maxim untuk memberi tumpuan yang penuh serta menyokong, kerana pihak kami percaya dengan penyatuan kuasa wanita yang boleh mengubah dunia. Para wanita mempunyai hak untuk membuat pilihan serta keputusan, perkembangan dalam kerjaya, berkongsi peluang, menjadi dirinya sendiri dan terus berkembang, kini wanita mampu melakukan apa yang diinginkan. Maxim mendengar suara mereka dan membuka peluang untuk menyertai sebagai rakan pemandu dan berkembang bersama, platform in adalah salah satu ruang untuk menyatakan hak wanita.

Rakan pemandu kami telah menikmati peluang terbaik dengan menyertai sejak kehadiran Maxim di Malaysia pada tahun 2018, terutama wanita yang melihat ini sebagai peluang untuk berjaya. Dalam ekonomi yang pesat ini, di mana semua orang mesti mempunyai simpanan tersendiri bagi menjamin kestabilan kewangan harian dan masa depan. Bersama kami, anda boleh menikmati pendapatan dengan setiap perjalanan dan menjamin aliran tunai setiap hari, ini juga dapat menyokong komitmen bulanan seperti kos petrol dengan perbelanjaan harian yang berlebihan.

“Sebagai wanita, agak sukar bagi saya untuk mendapat kerja yang mengikut masa lapang saya, tetapi Maxim menawarkan peluang dengan menjana pendapatan dan boleh bekerja pada masa yang tersendiri. Kini, saya boleh menjadi bos kepada diri sendiri dan berpeluang untuk membantu orang lain, terutama penumpang wanita saya kerana mereka selalu bercakap yang terasa selamat bila naik kereta dengan saya. Hasnila Rashid, Pemandu Maxim”

Sebahagian dari pemandu merupakan suri rumah tangga yang menjana pendapatan harian dengan masa mereka tersendiri serta membina kerjaya dengan Maxim. Pada masa kini semua orang boleh membela hak masing-masing, mencapai impian dan tidak perlu takut dengan kesusahan dunia kerana peluang diberi untuk berjaya.

Tidak lupa juga, Maxim berkongsi kebolehcapaian wanita yang mempunyai minat yang tinggi terhadap kecantikan dan kesihatan melalui tarif SPA & Urut pada aplikasi. Mereka boleh menghasratkan kemahiran yang berkaitan dengan industri kecantikan dengan Maxim dan menyertai sebagai jurukecantikan .

Keselamatan rakan pemandu kami merupakan keutamaan yang amat dititik beratkan, terutama ketika memastikan semua pihak untuk sampai ke destinasi dengan aman. Pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua terjamin, terutama kepada wanita. Maxim menyediakan butang SOS di aplikasi yang berfungsi ketika berlaku kecemasan, sekiranya butang tersebut ditekan ianya akan terus ke talian kecemasan yang dimasukan. Ia juga akan menghantar notifikasi kepada pihak Maxim sekiranya berlaku apa-apa kejadian.

Maxim Malaysia bekerja keras untuk memberi sokongan yang padu kepada wanita luar sana untuk terus berjaya bersama, kami mendengar suara dan rintihan anda. Maxim percaya yang apabila memberi sokongan ini dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang itu, peluang sudah di depan anda, kami tunggu anda untuk menyertai!

Daftar sebagai rakan pemandu di Maxim Malaysia sekarang, untuk mendapat kelebihan dan membina kerjaya bersama-sama. Aplikasi Taxsee Driver kami boleh dimuat turun melalui beberapa platform iaitu Google play store, Apple app store dan Huawei app gallery. Pasukan kami akan menghubungi anda untuk maklumat yang lebih lanjut dan memberi keterangan untuk pelaksanaan sebagai pemandu.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI