NIVEA LUMINOUS630 TERIMA PENGIKTIRAFAN “MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia menerima pengiktirafan dari “Malaysia Book of Records” hari ini untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam’ yang mana ribuan rakyat Malaysia memberi testimoni positif terhadap ujian dan bukti revolusi NIVEA LUMINOUS630. Lebih dari 90% pengguna sebenar produk bersetuju dengan kandungan terobosan LUMINOUS630 yang sangat efektif dalam melawan bintik hitam.
Dalam ucapan penerimaan anugerah, Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura mengucapkan ribuan terima kasih dengan mendedikasikan anugerah dan pengiktirafan kepada semua pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630 di Malaysia.” Kami berasa gembira menyaksikan kejayaan pengalaman ribuan pengguna sebenar dengan NIVEA LUMINOUS630 yang berevolusi ini! Penerimaan anugerah dan pengiktirafan daripada “Malaysia Book of Records” merupakan pencapaian yang penting buat kami - mengukuhkan lagi apa yang kami tahu dan percaya dengan kejayaan dan solusi yang efektif terhadap bintik hitam yang terdapat didalam NIVEA LUMINOUS630! Pengiktirafan ini adalah kerana ramai pengguna yang telah menguji dan membuktikan keberkesananya melalui ulasan yang positif dan ini merupakan satu pencapaian yang besar untuk NIVEA di Malaysia”.
En. Ng juga berkongsi bahawa NIVEA LUMINOUS630 menerima banyak ulasan positif yang menggalakkan. Seorang pengguna Nur Lyliana binti Mohd Suffian dari Kuala Lumpur mengulas tentang NIVEA LUMINOUS630 : “Ini adalah produk yang sangat bagus. Bintik hitam dimuka saya benar-benar berkurangan selepas menggunakannya. Sebenarnya, saya sudah lama risau tentang masalah bintik hitam saya. Terima kasih banyak kepada NIVEA kerana memberikan saya bukan sahaja kulit yang berseri tanpa cela, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri saya. Kini saya boleh lebih yakin dalam menjalani hidup seharian saya dan bertemu dengan ramai orang.”
Pada majlis itu, Dr Shazril Shaharuddin dalam perkongsiannya memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang sains di sebalik NIVEA LUMINOUS630. Bintik hitam merupakan salah satu cabaran penjagaan kulit yang dihadapi oleh jutaan orang di seluruh dunia dan ramai yang bergelut untuk mencari penyelesaian yang berkesan. “Tyrosinase inhibitors” merupakan penyelesaian yang paling biasa dan selamat serta digunakan secara meluas di pasaran. Walau bagaimanapun, kebanyakannya tidak berkesan atau lambat menunjukkan hasil kerana bahan aktif diuji pada enzim cendawan, yang kurang berkesan pada kulit manusia. Inilah yang membezakan NIVEA LUMINOUS630. Ramuan inovasi terobosan ini telah diuji dengan “tyrosinase” manusia untuk pemeriksaan “inhibitor” dan terbukti 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal lain di pasaran. LUMINOUS630 juga dipatenkan dan terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi serta turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia, JID.
NIVEA LUMINOUS630 adalah hasil dari 10 tahun kajian yang mendalam dan melalui proses pengujian 50,000 molekul oleh saintis kulit di Jerman. NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit.
Tambah Ng lagi, “Kami sangat teruja untuk membawa inovasi terobosan ini kepada pelanggan kami supaya semua rakyat Malaysia dapat merasai sendiri, pengalaman untuk mendapatkan kulit yang tanpa cela, muda & berseri! Saya amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa dalam masa 2 tahun lebih, NIVEA LUMINOUS630 telah menjadi serum anti bintik-hitam No.1 di Dunia. Dalam tinjauan terbaru di kalangan pengguna tempatan, kami menerima maklum balas yang menakjubkan di mana 99% bersetuju bahawa produk itu membantu memberikan mereka kulit yang tanpa cela dan berseri!”
Turut hadir pada majlis ini adalah Harith Iskander bersama Bernard Hiew sebagai pengacara dan juga rakan artis seperti Fattah Amin, Nabila Razali dan Danny Koo yang berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bintik hitam dan NIVEA LUMINOUS630. Ribuan rakyat Malaysia telah menguji dan membuktikan keberkesanan NIVEA LUMINOUS630! Anda bagaimana? Alami pengalaman keberkesanan NIVEA LUMINOUS630 untuk diri anda dan keputusan yang menakjubkan dalam masa 2 minggu!
Rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum kini boleh didapati disemua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.
Comments
Post a Comment