‘SIFU & AKU 38’ BUKTI EPIK DUA LEGENDA DATUK M.NASIR & DATUK HATTAN MASIH BERBISA


Dua pesohor, dua seniman, dua sinergi di dua lokasi yang paling dinanti, tetapi berkongsi pentas nan satu khusus buat penggemar mereka bukan sebuah projek yang mudah dilaksana. Mempersembahkan dua figura ini, Datuk M. Nasir dan Datuk Hattan lewat satu panggung yang digelar ‘Sifu & Aku 38’ adalah sebuah kesempatan emas buat penganjur, Westzone Entertainment (M) Sdn. Bhd dan rakan penganjur, GC Productions. 

Bukan sekadar sebuah konsert, tetapi seorang pesohor yang terkenal satu Nusantara dengan predikat Sifu sementara seorang figura lagi tidak kurang integritinya akan beraksi di dua buah lokasi yang belum pernah membuat mereka sepanggung. 

Dengan dua tarikh berbeza di dua lokasi berbeza, M. Nasir dan Hattan lewat konsert ‘Sifu & Aku 38’ akan menghiburkan para peminatnya di luar Semenanjung. 

Ucapkan selamat datang kepada Konsert ‘Sifu & Aku 38’ di Sarawak, tepatnya di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 25 Mei 2023. Begitu juga warga Sabah, sambut dan raikanlah Konsert ‘Sifu & Aku 38’ di Sabah International Convention Centre pada 1 Jun 2023. Sang Sifu (M. Nasir) dan si pemilik Aku (Hattan) sudah bersedia dengan peluru-peluru terhebat yang dimiliki sepanjang tiga dekad karier. 

Dengan hanya memutar memori sekadar menyebut beberapa buah lagu seperti Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Bonda atau Tanya Sama Itu Hud Hud, peminat sudah ‘terperangkap’ dengan jerangkap sakti sang Sifu. 

Bayangkan apabila Hattan pula menyambung kesaktian tersebut dengan karya-karya sentuhan sang Sifu dan miliknya seperti Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu, Konsert ‘Sifu & Aku 38’ adalah sebuah pementasan yang tidak layak dilepaskan. 

Dan untuk memastikan konsert pada 25 Mei (Sarawak) serta 1 Jun (Sabah) terlaksana dengan kemas, ada banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh pihak penganjur dan produksi. 

Bukan dari segi ego sang pelaku seni tetapi secara teknikal yang mesti mempunyai kelas tersendiri, kerana itu tanggungjawab ini diberi galas kepada GC Productions Sdn. Bhd. 

“Ini adalah cabaran kami di pihak penganjur iaitu memastikan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ punya kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan hal-hal belakang tabir. Hal ini kerana kedua-dua figura yang kami gabungkan iaitu M.Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan para penonton yang hadir kelak untuk sama-sama merasai aura yang sama. Jadi untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya,”ujar Pengarah Westzone Entertainment, Aiman. 
Justeru itu penganjur berjanji apa yang disajikan lewat Konsert ‘Sifu & Aku 38’ berbaloi dengan penantian peminat dan aura yang dipancarkan oleh M.Nasir dan Hattan sendiri. 

Peluang yang ada tidak akan disia-siakan. Bagi M.Nasir sendiri, persetujuan yang diberi mempengaruhi betapa serius projek ini akan berjalan, sementelah ia memakai kata Konsert ‘Sifu & Aku 38’. 

“Mesti ada maksud dan simbolik di sebalik tanggal 38 tahun keraian dan perkataan Sifu dan Aku itu sendiri. Jadi saya melihat ia sebagai buah fikiran yang baik, gabungan bersama Hattan, menyapa peminat di luar Semenanjung, menyemarakkan kembali pasaran konsert tempatan, saya menyambutnya dengqn senang hati,” ujar M.Nasir. 

Sementara bagi Hattan pula melihat penganjuran Konsert ‘Sifu & Aku 38’ sebagai sebuah epik dalam dunia seni bagi kariernya dan figura yang dihormati. “Ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang eksklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat. 

“Lihat kepada angka 38 tahun perjuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur seperti kami terus relevan dan ‘boleh makan’ lagi,” ujarnya. 

Beli sekarang kerana konsert sehebat ini hanya berlangsung satu malam! 



KONSERT ‘SIFU & AKU 38’  

PENGANJUR: Westzone Entertainment (M) Sdn. Bhd 
RAKAN PENGANJUR: GC Productions 

TARIKH & LOKASI: 
25 MEI 2023 (Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) 
1 JUN 2023 (Sabah International Convention Centre ) 

MASA. : 8.30 MALAM 

HARGA TIKET : RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1) 

HUBUNGI : www.myticket.asia, talian +603 8605 0195 atau dapatkan maklumat di Hotline +6012 649 7240 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA