STARVENDORS KLCC MEGARAYA FEST 2023 KEMBALI DENGAN KEMERIAHAN MEMBELI-BELAH 100 JAM TANPA HENTI


Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023. Menariknya, program yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvention Centre).

Setelah mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Festival” selama 75 jam tanpa henti, Starvendors akan mencatat nama pula di “Guinness World Book” memecahkan rekod dunia Festival Raya 100 jam tanpa henti! 

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 adalah penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung. Selain itu, Starvendors telah menganjurkan Minggu Usahawan Negara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Malaysian Grand Baazar, Lalaport, diikuti Starvendors Kedah Raya Fest di Alor Setar, Starvendors Perak Fest di ICC Ipoh, dan yang baru berlansung di akhir tahun 2022 iaitu Starvendors Foodstival X Travelperaklah. Initiatif yang telah dilakukan di Ipoh adalah kerjasama bersama Tourism Perak dan juga Sekreteriat Usahawan Perak (STEP). 


Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga. Ifa berkata, khabar gembira bahawa StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak. 

Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan bermula pada bulan Mac iaitu Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

“Tahun lepas menandakan satu sukses untuk Starvendors kerana dapat melaksanakan ‘road tour’ seperti yang di rancang ke Kedah dan Perak. Justeru untuk tahun 2023, Starvendors akan menjelajah Negara bermula di Johor dan akan bergerak ke negeri lain termasuklah Kuala Lumpur, event terbesar kami,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.facebook.com/starvendorsevent

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA