'SUMPAHAN SYAITAN' BAKAL BERLELUASA DI PAWAGAM MULAI 2 MAC 2023


Team FemagOnline telah mendapat jemputan untuk membuat liputan di Malam Gala Tayangan Perdana filem komedi seram “Sumpahan Syaitan” di pawagam Dadi, Pavilion Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu.


Kemeriahan dan juga “keseraman” malam gala dapat dirasai kerana kelihatan kelibat-kelibat makhluk yang terkena sumpahan syaitan (dari Creepy Chamber) yang berkeliaran di ruang legar dan di dalam pawagam!
 

“Sumpahan Syaitan” adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Sebuah filem seram komedi yang menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dengan ramai pelawak yang digemari ramai dari kumpulan Scenario dan Sepahtu.

Adam Shahz sebagai scammer MLM dalam filem ini

Saiful Apek diganggu makhluk berambut panjang

Kenji Sawahii & Dato’ AC Mizal dikelilingi oleh makhluk sumpahan syaitan

 Kenji Sawahii & Dato’ AC Mizal

Farid Kamil sebagai Sam - teraju utama filem Sumpahan Syaitan

Filem Sumpahan Syaitan menampilkan dua buah lagu OST yang menarik iaitu Akhirnya Pasti - Aniez Burke ft. Ishraq, Beejay, Ash dan juga Pergilah - Amira Anuar ft. Ishraq.
 
Persembahan OST Sumpahan Syaitan - Akhirnya Pasti - Aniez Burke ft. Ishraq, Beejay, Ash

Pergilah - OST - Filem Sumpahan Syaitan  


SINOPSIS

Filem “Sumpahan Syaitan” berkisar tentang seorang lelaki bernama Sam (Farid Kamil) yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco (Jalaluddin Hassan).

Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik (AC Mizal) bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama kepunyaannya.

Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Apakah punca kejadian aneh tersebut? Dapatkah Sam melarikan diri daripada Branco? Dapatkan jawabannya di pawagam mulai 2 Mac 2023 ini!


REVIEW: 

Kisah keluarga yang mendapat gangguan makhluk halus di hotel berhantu dan bukanlah sesuatu yang baharu atau segar dalam filem. Namun begitu, filem “Sumpahan Syaitan” membawakan kelainan dengan menggandingkan pelakon-pelakon “serious” seperti Farid Kamil (Lagenda Budak Setan/ Anwar The Untold Story) & Jalaluddin Hassan (Mat Kilau / Pulang) bersama pelawak-pelawak popular tanah air. 

Para penonton yang gemarkan hiburan ringan komedi ala Maharaja Lawak dan Scenario pastinya akan tidak kering gusi melihatkan aksi Saiful Apek, Azlee Scenario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Scenario, Epy Kodiang, Syaiful Zero dan lain-lain beraksi di dalam filem ini.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2 Mac 2023.

Barisan Pelakon filem SUMPAHAN SYAITAN

1. Dato’ AC Mizal
2. Dato’ Jalaludin Hassan
3. Farid Kamil
4. Nynaa Harizal
5. Saiful Apek
6. Azlee Senario
7. Pak Ya Sepahtu
8. Yassin Senario
9. Epy Kodiang
10. Syaiful Zero
11. Amai Kamaruddin
12. Arin Rajalawak
13. Adam Shahz
14. Azlan Komeng
15. Kenji Sawahii
16. Lala (Anak Sam)
17. Cracky Don

PERADUAN "TONTON & MENANG"!


Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah daripada LIMA buah motosikal yang ditawarkan sebagai hadiah utama peraduan "Tonton & Menang".

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com

Jangan lupa untuk sertakan foto tiket wayang anda semasa mengisi borang peraduan tersebut.

Tunggu apa lagi? Jom saksikan filem “Sumpahan Syaitan” di pawagam berhampiran anda bermula 2 Mac 2023!

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA