FAHRENHEIT88 MERIAHKAN GAYA RAYA DENGAN SEPHORA & RIZMAN RUZAINI


Hari Raya Aidilfitri ini, Fahrenheit88 mempersembahkan sambutan dengan tema Raya in Style dari sekarang hingga 1 Mei 2023. Dengan kerjasama SEPHORA dan Rizman Ruzaini, Fahrenheit88 menjemput para pengunjung untuk membuat persiapan raya dengan busana yang bergaya dan penampilan yang cantik. 


Fahrenheit88 sentiasa menjadi hab kreativiti yang menyokong tempatan usahawan dan pereka untuk mempamerkan produk dan idea mereka, bersama dengan jenama antarabangsa yang lain. 

Hari raya ini, Fahrenheit88 bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini, untuk mebawakan kedai pop-up pertama mereka di pusat bandar Bukit Bintang. 

Para pengunjung boleh mendapatkan koleksi Raya terbaru mereka dan juga  rangkaian wangian yang baru dilancarkan.


Dengan sentuhan jenama antarabangsa kecantikan terkenal, SEPHORA, Pintu Masuk Utama ke Fahrenheit88 telah dihiasi dengan kata-kata mutiara 'Be Kind. Be Beautiful’ dan kuntuman bunga-bunga besar yang berwarna-warni. 

Fahrenheit88 juga menyediakan beberapa lokasi untuk berswafoto untuk Instagram di seluruh pusat membeli-belah.

Majlis pelancaran 'Raya in Style' telah dilangsungkan bersama SEPHORA dan Rizman Ruzaini pada 7 April lalu. Acara dihadiri selebriti terkenal tempatan seperti Sharifah Rose, Amelia Henderson dan Siti Khadijah. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh artis tempatan, Hael Hussaini dan Marsha Milan. 


Pastikan anda berkunjung ke 'Designer Haus' Fahrenheit88 untuk mendapatkan pakaian dan aksesori perayaan daripada pelbagai pereka fesyen koleksi seperti KOME, DRI Boutique, HM Handicraft, House of Friends, Exotic Gifts dan Corak. 

Para pengunjung ke Fahrenheit88 juga dialu-alukan untuk menyertai Bengkel Penggayaan Tudung Raya pada 15 April, dari jam 2 petang hingga 3 petang. 

Dapatkan baju raya untuk anda dan keluarga anda di Brands Outlet yang terbesar di Malaysia di Fahrenheit88. Anda juga boleh mendapatkan pakaian raya berkualiti tinggi di Pangoi dan kasut buatan tangan di Feith. 

Untuk menyerikan rumah anda, dapatkan hiasan bunga-bungaan di Mossybola Kodedama. 


Sebangai penghargaan ke atas sokongan para pengunjung, Fahrenheit88 juga menyediakan ganjaran raya yang menarik untuk ditebus di kaunter concierge di Tingkat Bawah. Anda boleh mendapatkan Pakej Raya Edisi Khas percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM120 dalam satu resit. Mereka yang berbelanja RM300 sekali resit boleh menebus Wristlet Rizman Ruzaini. Terhad kepada 2 penebusan bagi setiap pembeli setiap hari, sementara stok masih ada. Semua penebusan boleh dibuat di Kaunter Concierge, Tingkat Bawah, di hari pembelian yang sama. 

Untuk maklumat lanjut tentang Raya in Style, lawati Facebook Fahrenheit88 halaman di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/, akaun Instagram di https://www.instagram.com/fahrenheit88/, atau hubungi Fahrenehti88 Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-2148 5488

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!