ABADIKAN DETIK KEGEMBIRAAN DI HARI RAYA DENGAN KOLEKSI ANGGUN POH KONG

Sempena Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, abadikan detik kegembiraan anda dengan kilauan emas Koleksi Anggun! Sebagai bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya menduduki tempat teratas dalam senarai koleksi terbaharu ini. Pesonanya dalam kilauan emas menjadikan detik perayaan lebih menggembirakan! 

Suasana lebaran pasti meriah dengan begitu banyak pilihan yang ditawarkan, setiap satu direka cipta dan dihasilkan dengan sentuhan kepakaran dan kehalusan seni pertukangan yang menjadi lambang keunggulan Anggun.

Kecantikan bunga raya kembang mekar diabadikan dalam koleksi yang menawan hati ini. Kehalusan seni pertukangann emas menarik perhatian setiap mata yang memandang dan menceriakan setiap wanita yang menggayakannya.


Cincin

Rasai sentuhan keindahan bunga raya kembang mekar yang terpancar pada cincin yang anggun lagi menarik ini.


Loket

Bunga raya membentuk hiasan teras loket manakala kilauan emas hiasan rambu rumbainya menambah keanggunan.


Rantai Tangan

Mewah lagi halus seni buatannya, rantai tangan dengan hiasan keemasan ini memancarkan seri keanggunan, dan semestinya ukiran bunga raya sebagai tumpuan perhatian.


Rantai Leher

Ibarat satu gambaran kehalusan seni pertukangan! Rantai leher dengan hiasan berbentuk sfera ini menyerlahkan kesempurnaan dan kecantikan loket bunga raya.



Rantai Leher

Untaian seperti manik menjadikan rantai leher ini lebih menarik digayakan, dengan kilauan loket yang mencantikkan penampilan dan hiasan rambu rumbai keemasan yang membawa keanggunan.


Rantai Tangan

Pesona rantai tangan ini tersemat dalam hiasan ukiran bunga-bungaan yang menambah sentuhan keanggunaan dan kewanitaan.


Rantai Leher

Kecantikan rantai leher ini membisikkan semangat kebebasan! Loket gaya kontemporari dengan reka bentuk berbilang facet menampakkan keunggulan.


Koleksi Manja

Istimewa untuk si manja! Koleksi terbaharu Manja ini sesuai untuk dihadiahkan kepada si kecil yang suka bergaya. Tumpuan diberikan kepada corak bunga melur yang mendapat peranan utama dalam koleksi loket, subang dan cincin Manja.

Cantik dan Berkualiti

Setiap barang kemas Anggun adalah hasil kehalusan seni pertukangan, sentuhan kecantikan dan inovasi yang tiada tandingan. Anda pasti tertawan dengan keperincian yang diberikan kepada setiap sudut pembuatan, termasuk kancing berbentuk hati dan tukup hujung semua rantai tangan dan rantai leher terbaharu. Koleksi Anggun boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.

MEMUKAU, MENAWAN DAN MENANG DENGAN ANGGUN!

Sempena Hari Raya ini, anda bukan sahaja boleh bergaya dengan kilauan emas koleksi Anggun daripada Poh Kong tetapi juga boleh MENANG hadiah menarik! Dengan menggunakan setiap saluran, baik e-kedai Poh Kong dan gedung runcit fizikal mahupun platform media sosial, Poh Kong bukan sahaja membolehkan semua orang merasai keseronokan musim perayaan tetapi juga memenangi hadiah menarik!

Paling utama kempen HADIAH KEGEMBIRAAN yang membolehkan peserta menang dengan tiga tiga langkah mudah! Anda hanya perlu AMBIL GAMBAR, TAG dan KONGSI. Langkah satu, AMBIL GAMBAR yang mengabadikan detik paling menggembirakan anda menggayakan produk Poh Kong. Langkah dua, TAG @pohkongmy, HASHTAG #GiftOf Joy, #pohkong dan #A00000XXXX (ID keahlian Jeweland anda). Langkah Tiga, KONGSI GAMBAR anda dengan orang ramai di media sosial menerusi Instagram, Facebook, TikTok atau XiaoHongShu.

Sejumlah 50 mata Jeweland akan dihadiahkan kepada semua peserta yang layak. Setiap peserta yang layak ini akan berpeluang untuk memenangi maksimum 50 mata Jeweland sahaja bagi setiap tempoh peraduan.

Bukan setakat itu sahaja – satu (1) catatan media sosial yang paling kreatif akan dipilih untuk memenangi hadiah lebih besar bagi setiap tempoh pertandingan!

Hadiah menarik juga menanti pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai Poh Kong. Anda boleh mendapatkan Beg Jut, PERCUMA dengan pembelian minimum RM1,500 untuk ahli dan pembelian RM2,000 untuk bukan ahli.

Lebih banyak berita baik khas buat ahli – anda boleh menebus baucar tunai dengan mata lebih rendah!

Kemuncak kempen Hadiah Kegembiraan ialah Cabutan Bertuah Jeweland yang memberi peluang kepada anda untuk memenangi barang kemas emas. Setiap kali anda membeli-belah di Poh Kong, anda mengutip mata Jeweland. Anda boleh menukar mata Jeweland anda dengan penyertaan Cabutan Bertuah – lebih banyak anda mendapat penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

Untuk maklumat lanjut, sila ke:

Laman Web Rasmi Poh Kong: www.pohkong.com.my
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI