LOKA MADE HIDUPKAN NOSTALGIA AIDILFITRI DENGAN KARYA SENI ‘RIANG RIA RAYA’
Jenama kreatif tempatan, Loka Made, telah melancarkan karya seni terbarunya bertajuk 'Riang Ria Raya' menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Karya seni tersebut meraikan kegembiraan raya dan menghidupkan kembali nostalgia raya di masa lalu.
Audrey Chew, rakan pengasas Loka Made, berkata: "Kami ingin mencipta sesuatu yang bukan sahaja menyebarkan kegembiraan Hari Raya, tetapi juga mengembalikan kenangan nostalgia keluarga, detik indah zaman kanak-kanak serta tradisi bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Keindahan Hari Raya yang nostalgik melampaui batasan waktu dan tempat, dan dapat dirasai di mana saja di dunia. Ini mengingatkan kita akan kepentingan yang disematkan dalam warisan dan budaya Malaysia dalam menyatukan rakyatnya."
Sempena setiap perayaan, Loka Made sentiasa menghasilkan karya seni dan produk dengan tujuan untuk memberikan penghormatan pada kekayaan warisan budaya Malaysia serta menginspirasi rakyat Malaysia untuk mempertahankan akar umbi mereka. Dalam setiap karya seni yang dihasilkan, Loka Made menonjolkan nilai-nilai budaya yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia dan membangkitkan semangat kebersamaan dalam hati setiap orang.
Chong Fei Giap, rakan pengasas Loka Made, menyatakan bahawa "kami berusaha untuk mempertahankan kekayaan warisan budaya Malaysia melalui karya seni dan produk kami. Kami berharap seni karya kami bukan sekadar menyebarkan keindahan warisan budaya Malaysia, tetapi juga menginspirasi rakyat Malaysia bahawa landskap bumi yang dipijak ini memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri." Berkatanya, karya seni Loka Made dicipta untuk membawa kita kembali melihat asal usul, tanah air, masyarakat dan kebudayaan menerusi ilustrasi dan produk seni.
Selari dengan tradisi tahunan mereka untuk menyebarkan keceriaan dengan koleksi yang dinanti-nantikan, Loka Made turut melancarkan Koleksi 'Riang Ria Raya' Edisi Terhad yang termasuk set sampul duit raya dan kad panorama yang dihiasi dengan ilustrasi 'Riang Ria Raya'. Setiap set sampul duit raya dilengkapi dengan 5 rekaan yang memaparkan tema dan tradisi Raya yang berbeza, menampilkan adegan Raya yang unik di Malaysia dengan sentuhan nostalgik yang pasti membuai kenangan indah dalam hati.
Mereka yang berminat untuk membeli koleksi ‘Riang Ria Raya’ edisi terhad 2023 dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenainya boleh melayari https://lokamade.com/pages/raya2023-riangriaraya.
Comments
Post a Comment