BERLARI SAMBIL BERAMAL DI LARIAN CERIA AMAL NKF 10KM MELAKA


Ambillah langkah pertama untuk memberi bantuan kepada pesakit-pekasit yang mengalami kegagalan buah pinggang dengan menyertai Melaka 10km NKF Charity Fun Run yang mana semua keuntungan akan disumbangkan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia atau National Kidney Foundation of Malaysia (NKF).

Di acara larian tersebut, anda berpeluang untuk berlari bersama selebriti tempatan seperti P Radhi, Aril Pilus, Shukri Zainal, Sangeeta Krishnasamy dan Adeline Tsen, serta menyertai cabutan bertuah dan peluang memenangi hadiah wang tunai.

Larian ini dianjurkan bersama oleh Melaka Multimedia University, Merlimau Polytechnic, Kota Melaka Community College, MARA University of Technology, Melaka International College of Science and Technology and MARA Professional College.

2,000 peserta pertama yang mendaftar akan menikmati yuran pendaftaran awal (early bird) RM60 dan tiket seterusnya akan dijual dengan harga RM75.

Maklumat acara:

Lokasi : Multimedia University, Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Bukit Beruang, Melaka

Masa : 6.00 - 11.30 pagi

Tarikh : 21 Mei 2023

Untuk mendaftar, sila imbas kod QR code di imej di atasdan muat turun aplikasi VOMOS (tersedia melalui Apple App Store atau Google Play Store) sebelum 20 April 2023.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM