PAVILION KUALA LUMPUR LANCAR KEMPEN 'RAYA TOGETHERNESS'


Pavilion KL, destinasi membeli-belah utama Malaysia, meraikan musim perayaan Aidil Fitri dengan kempen 'Raya Togetherness'. Sehingga 24 April, para pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti dan promosi yang memberi sorotan kepada keindahan budaya tradisional dalam konteks kontemporari.


Dengan kerjasama Yayasan Tuanku Nur Zahirah, Pavilion KL menampilkan rumah warisan berusia 150 tahun di tengah-tengah ruang legar Pavilion Kuala Lumpur. Rumah warisan ini adalah umpama jambatan yang menghubungkan warisan budaya tradisional dan dunia moden. Rumah antik asal telah diubah menjadi rumah warisan moden dengan hiasan batik dan arca pancaran experiential projection mapping.


Centre Court juga mempamerkan panel kaca berwarna-warni yang diilhamkan oleh seni dan seni bina Islam yang menghasilkan latar belakang yang gemilang kepada rumah warisan tersebut. 


Para pengunjung boleh mengenali dengan lebih dekat warisan dan budaya Melayu dengan demonstrasi seni tradisional seperti seni khat, membuat barang kemas, batik canting, ukiran kayu, anyaman, dan songket.

Bagi membantu orang ramai membuat persiapan hari raya, Pavilion Kuala Lumpur membawakan 'Raya Togetherness Marketplace' di mana anda boleh memperolehi pakaian dan aksesori raya eksklusif daripada pereka tempatan seperti Jovian, Captain Batik dan Pandora. 


Pop-up Artisan Malaysia Raya 2023 di Tokyo Street Event Hall, Aras 6, turut mempamerkan pelbagai kraftangan yang menarik untuk hari raya.

Para pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan yang meriah seperti Gema Aidilfitri Bersama Taylor’s International School KL, The Rhythm of Eid oleh Clap and Tap Orchestra, dan Tarian Budaya Togetherness oleh Suktra Terengganu.  


Di Crystal Fountain yang terletak di hadapan pintu masuk utama Pavilion KL, Coach menampilkan hiasan raya 'Bespoke Raya' yang pertama di Asia Tenggara, dengan struktur bulan sabit, bintang dan pelita yang bercahaya.


Mereka yang berbelanja di Pavilion KL boleh menebus paket Raya eksklusif dan baucar Buka Puasa bernilai RM20 dengan percuma. Pemegang kad Maybank akan menerima set cawan dan piring Maxwell Williams percuma dengan pembelian RM1,000 dalam satu resit, dan set kaca seni baroque dengan setiap pembelian RM2,000.


Bagi meraikan ulang tahun ke-15 Pavilion KL, para pembeli yang membelanjakan RM8,000 akan mendapat baucar RM500 dalam promosi istimewa yang berlangsung selama sebulan dari 15 April hingga 15 Mei.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen 'Raya Togetherness', layari pavilion-kl.com atau ikuti Facebook, Instagram Pavilion KL, atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA