PETRONAS BAWAKAN FILEM PENDEK RAYA YANG DINANTI-NANTIKAN - 'DILEMA IRAMA'


Tahun ini, PETRONAS telah melancarkan filem pendek Hari Raya Aidilfitri ‘Dilema Irama’ – sebuah kisah yang mengetengahkan keindahan budaya dan warisan Melayu.


Filem pendek yang dinanti-nantikan setiap hari raya tahun ini diarah oleh pengarah filem tempatan yang ternama Hyrul Anwar (Tiga Janda Menawan Dunia).


Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, “Lagu-lagu traditional Melayu merupakan warisan yang indah dan mencerminkan budaya yang kaya dengan seni dan budi bahasa."


Alunan lagu Raya menjadi inspirasi PETRONAS dalam menerbitkan ‘Dilema Irama’ yang turut menampilkan tiga buah lagu gubahan asli iaitu Garam Gula Raya, Berlagu Semalam dan Harum Seirama.”

Bertemakan ‘Akar Untuk Masa Depan’, filem sempena Aidilfitri tahun ini menampilkan konflik pertembungan irama dua generasi.


Pergeseran tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila Nadim dengan berat hati telah bersetuju untuk bermain gambus di dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa. Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua.

Ketahui kesudahannya menerusi filem penuh irama dan emosi ini.


Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS