MINUMAN PANAS ATAU SEJUK, KEKALKAN 'RAGAM RAYA' BERSAMA MONTIGO


Ceriakan musim perayaan ini bersama bekas minuman termoregulasi Montigo. Dengan pelancaran kempen Aidilfitri "Ragam Raya bersama Montigo", jenama drinkware yang kian meningkat naik ini menawarkan rangkaian bekas minuman termoregulasi yang direka untuk memastikan minuman anda, sama ada panas atau sejuk, berada pada suhu yang diidamkan untuk dinikmati bersama orang tersayang.

Kempen ini memaparkan keriangan keluarga Montigo semasa mereka pulang bersama-sama berhari raya dengan Ragam Raya masing-masing. Berpakaian raya, Botol Ace yang paling laris dalam empat saiz berbeza (14oz, 18oz, 32oz dan 64oz), dipasangkan dengan topi berwarna dan but. 

Selain itu, Knight Tumbler diketengahan dalam kempen ini sebagai pilihan terbaik untuk minuman sejuk manakala Sense Cup untuk minuman hangat dalam perjalanan,  dengan ciri anti-tergelincir baharunya. 

Sempena kempen Ragam Raya bersama Montigo, Montigo menawarkan promosi eksklusif untuk semua pelanggannya. Pelanggan yang membeli dua unit produk atau lebih dalam talian boleh menikmati diskaun hingga 20% untuk pakej dan  menerima satu pek pelekat yang comel dengan setiap dua produk yang dibeli. 

Di luar talian, pelanggan yang membeli tiga unit produk boleh mendapat diskaun 15%, dan mereka yang membelanjakan lebih daripada RM100 boleh beli but dan tudung dalam promosi PWP dengan harga RM30. Selain itu, pembelian setiap dua unit produk  atau lebih di luar talian akan menerima satu pek pelekat.


“Kami teruja untuk melancarkan Ragam Raya bersama Montigo bagi meraikannya
musim perayaan bersama pelanggan kami," kata Melvin Chee, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama di RPG Commerce. 

"Produk kami direka untuk mengekalkan suhu minuman panas atau sejuk sepanjang hari, menjadikannya teman yang sempurna untuk menyambut hari raya. Kami berharap pelanggan kami menikmati promosi eksklusif kami dan dapat memilih produk Montigo yang sesuai untuk gaya hidup mereka." 

Ragam Raya bersama Montigo kini boleh didapati di

#getmontigo




Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM