TUMI LANCAR KOLEKSI EDISI TERHAD ULANG TAHUN KE-60 MCLAREN


Sebagai sebahagian daripada kempen global jenama, "Unpack Tomorrow", TUMI meraikan enam dekad sejak penubuhan pasukan sukan permotoran elit dan pengeluar kereta super mewah McLaren dengan pelancaran koleksi edisi terhad McLaren yang menampilkan ahli TUMI Crew dan pemandu Formula 1 McLaren Lando Norris.

Koleksi ini mengetengahkan kerjasama berterusan di antara TUMI dan McLaren untuk menggabungkan fesyen, gaya hidup dan teknologi dalam karya musim terbaharunya. Direka untuk memenuhi keperluan perintis dan pengembara dalam perjalanan, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya edisi terhad dalam warna jingga betik khas McLaren, termasuk Torque Sling, Velocity Backpack dan Aero International Expandable 4 Wheeled Carry-On.





Koleksi Ulang Tahun ke-60 ini menawarkan pelbagai pilihan beg dan bagasi yang luas, tahan lasak dan bergaya. Koleksi baharu kini tersedia di kedai TUMI di seluruh dunia dan dalam talian di TUMI.my.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK LAUNCHPAD BANTU PELARIAN WANITA SEMASA PKP

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

GANJARAN RAKSASA WATSONS CLUB KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”