SUASANA 'VIVID RAYA' YANG EKSOTIK ALA-MARRAKESH DI AVENUE K SHOPPING MALL


Langkahkan kaki anda ke dunia eksotik penuh keindahan dan pesona raya di Avenue K. Diilhamkan oleh bandar Marrakesh, Maghribi, Avenue K Shopping Mall membawakan kempen hari raya - VIVID RAYA dari 24 Mac hingga 30 April 2023! 


Ruang atrium Avenue K telah bertukar menjadi bazar Marrakesh yang sibuk dan meriah. Dihiasi permaidani yang elegan, lampu-lampu berwarna-warnia dan pinggan serta jubin dengan corak yang menarik, Avenue K mengalu-alukan kehadiran pembeli-belah dan membawa meeka ke negara Maghribi.


Di sini terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual produk persiapan hari raya seperti pakaian, kuih dan snek raya, produk kecantikan, perhiasan, aksesori dan banyak lagi.


Sambil membeli-belah, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan pemuzik yang memainkan alat-alat muzik seperti gamelan, angklung dan Cak Lempong. Persembahan tarian tradisional Melayu juga akan dipersembahkan secara langsung, membolehkan anda menyelami kekayaan budaya, adat resam dan tradisi orang Melayu. 


Jangan lupa untuk saksikan demonstrasi kaligrafi Jawi yang boleh anda bawa pulang. Peraduan Pakaian Raya Beragam turut akan dianjurkan untuk menyerlahkan sisi kreatif para peserta yang berani memperagakan pakaian raya berwarna-warni di atas landasan peragaan fesyen. 



Avenue K turut menganjurkan Pemberian Bubur Lambuk Percuma setiap hari Jumaat dari 4.30 petang hingga 6.30 petang (24 Mac hingga 21 April 2023) dan Pemberian Kurma Percuma setiap hari dari 24 Mac hingga 21 April sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. 


Ahli Kad AK Neighbours akan mendapat ganjaran Paket AK Raya eksklusif apabila mereka membelanjakan RM200 dan ke atas dalam satu resit pada hari yang sama (terhad kepada dua penebusan setiap pelanggan setiap hari), dan Pinggan Porcelain AK eksklusif dan Paket AK Raya yang direka khas dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500 dan ke atas dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama (terhad kepada satu penebusan setiap pelanggan setiap hari). 

Kepada mereka yang memandu ke Avenue K, nikmati tempat letak kereta percuma untuk tiga jam pertama (Ahad & Cuti Umum) atau satu jam pertama (Isnin hingga Sabtu) apabila anda membelanjakan RM300 dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama. 


Sertailah Peraduan Kira dan Menang Facebook untuk peluang memenangi salah satu daripada tiga hadiah Baucar Tunai AK bernilai RM100. Anda hanya perlu mengira bilangan pinggan estetik yang menghiasi kawasan hiasan Hari Raya di Atrium Avenue K. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Avenue K. 


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING