KULIT BERSIH BERSERI DENGAN KHASIAT KEBAIKAN ALOE VERA DENGAN RANGKAIAN PENJAGAAN PERIBADI HERBALIFE


Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produk berasaskan alam semula jadi, syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka Herbalife, telah melancarkan Rangkaian Penjagaan Peribadi Aloe Herba keluarannya untuk menambah baik penjagaan kulit, termasuk Cucian Tangan & Badan, Krim Tangan & Badan, dan Gel Pelegaan. Berbekalkan khasiat kebaikan semula jadi aloe vera untuk menawarkan pengalaman ‘kecantikan di dalam dan luar’, rangkaian baharu ini menerapkan kelebihan unsur-unsur semula jadi, botani dan vegan.

Steven Chin, Pengarah Kanan Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, “Memandangkan kesedaran rakyat Malaysia kini terhadap penjagaan kulit semakin meningkat dan prihatin terhadap produk yang digunakan, ramai yang mula mempertimbangkan formula dengan ramuan semula jadi yang tidak menyebabkan sensitiviti dan kerengasaan kulit. Menyedari hakikat ini, Rangkaian Penjagaan Peribadi Aloe Herba Herbalife membawakan produk dengan sentuhan alam semula jadi, berasaskan kebaikan aloe vera serta diperkaya dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang melegakan dan juga sebatian botani. Unsur-unsur ini berganding secara harmoni untuk memulihkan dan melindungi kulit, membawakan pengalaman penjagaan kulit yang meningkatkan kesejahteraan umum, supaya orang ramai tampak dan rasa sihat.”

Aloe vera, yang merupakan ramuan utama produk, mengandungi khasiat kebaikan untuk menenangkan dan melegakan kulit kering. Aloe vera yang kaya dengan antioksidan, vitamin, dan mineral membantu meremajakan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. Dirumuskan untuk memberikan penjagaan yang lembut tetapi berkesan bagi kulit, rangkaian produk ini diuji oleh pakar dermatologi dan tidak mengandungi sebarang paraben, warna, pewarna dan sulfat, mengurangkan risiko kerengsaan kulit dan menjadikannya sesuai digunakan dalam rutin penjagaan kulit harian bagi seisi keluarga.

Rangkaian produk baharu ini termasuk Cucian Tangan & Badan, Krim Tangan & Badan, dan Gel Pelegaan membawakan khasiat kebaikan untuk meningkatkan penghidratan, kesihatan dan kecergasan kulit. Cucian tangan & badan mengandungi adunan asid amino daripada epal, untuk mencuci tanpa menghilangkan lembapan semula jadi, serta minyak zaitun yang mengandungi antioksidan dan menyokong penjagaan kulit sensitif.

Dalam Krim Tangan & Badan, minyak biji bunga matahari dan Mentega Shea Afrika bergabung tenaga untuk memastikan kulit lembap dan lembut. Penambahan ekstrak rumpai laut melengkapkan pilihan, menggalakkan pemulihan dan membelai kulit yang kering.

Bagi Gel Pelegaan Aloe, jus daun aloe barbadense merupakan ramuan utama, untuk melegakan dan menghidratkan kulit demi penampilan yang lebih menarik. Tanpa haruman dan sesuai untuk semua, produk ini mengandungi antioksidan, vitamin dan mineral penting, untuk menyihatkan kulit agar tampak lebih muda berseri. Maklum balas pengguna membuktikan kesan transformasinya yang melembutkan dan melicinkan kulit.

Rangkaian ini juga termasuk Aloe Vera Concentrate Mix popular keluaran Herbalife, yang menghidratkan badan sambil menyokong proses penghadaman dengan tumpuan kepada kecantikan dalaman. Turut melengkapkan rangkaian terbaharu ini ialah Syampu Aloe dan Perapi Aloe yang menyegarkan untuk menguatkan dan melembapkan rambut.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk ini, sila layari https://www.herbalife.com.my/our-products-solution/outer-nutrition/skin-care/ .

Comments

Popular posts from this blog

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3