BANCIAN PAYUDARA AVON BAHARU MENDAPATI SEHINGGA 1/3 WANITA TIDAK MEMERIKSA PAYUDARA MEREKA DENGAN KERAP
Jenama kecantikan global, Avon telah melancarkan Bancian Payudara baharu yang mendapati lebih dari satu pertiga (34%) wanita mengakui tidak memeriksa payudara mereka untuk mengesan sebarang perubahan sekurang-kurangnya sekali sebulan, manakala lebih dari satu per sepuluh (13%) tidak pernah memeriksa langsung, dengan satu perlimanya (17%) adalah dari golongan berusia 18–24 tahun. Bagi yang tidak memeriksa secara bulanan, 39% terlupa untuk memeriksa; 29% tidak pasti apa yang perlu dibuat jadi mereka tidak melakukannya; dan 16% terlalu takut untuk memeriksa.
Kajian Avon ini telah meninjau sejumlah 4,065 responden wanita dewasa (18+) dari United Kingdom, Afrika Selatan, Poland, dan Filipina. Selain itu, satu lagi kajian telah dilakukan melibatkan 2,976 gadis remaja berusia 14-17 tahun dari UK, Itali, Filipina, Turkiye, Poland, Romania dan Afrika Selatan. Hasil kajian ini menunjukkan senario komprehensif tentang keadaan semasa bagi kesedaran dan pendidikan kesihatan payudara merentasi pelbagai populasi.
Dengan satu dalam tujuh wanita didiagnos dengan kanser payudara sepanjang hidup mereka serta pentingnya pengesanan awal, Avon di Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini menggalakkan komunitinya untuk mencintai payudara atau 'Feel the #BoobLove’ dengan menjadikan pemeriksaan tubuh sebahagian rutin bulanan, dan tahu apa yang normal agar lebih mudah untuk mengesan perubahan yang mungkin berkaitan kanser.
Mulakan Perbualan Mengenainya
Agak membimbangkan, lebih dari satu per sepuluh (14%) wanita memberitahu mereka tidak pernah diajar cara memeriksa payudara. Bagi yang tahu, mereka mempelajarinya dari doktor/pakar perubatan (34%), kajian atas talian (30%), TV (20%), ibu bapa/penjaga (15%) dan dari sekolah/universiti/kolej (14%).
Halangan komunikasi di kalangan remaja
Antara gadis berusia 14-17 yang dibanci, lebih dari satu per lima (21%) menyatakan tidak selesa berbincang tentang kesihatan payudara bersama rakan, kerana mereka malu berbicara mengenainya (33%) dan rasa ianya terlalu peribadi (48%). Kajian Avon mendapati hampir satu perlima (18%) tidak merasa selesa4 berbincang tentang kesihatan payudara bersama ahli keluarga kerana ianya ‘memalukan’ (40%) dan ‘terlalu peribadi’ (33%) sebagai faktor-faktor utama.
Lebih dari separuh (63%2) gadis remaja mendedahkan mereka tidak pernah mempelajari hal kesihatan payudara di sekolah. Bagi yang pernah mendapat pendedahan, ahli keluarga (51%) adalah sumber utama pengetahuan tersebut.
Platform media sosial, termasuk TikTok, memainkan peranan penting dalam kesedaran kesihatan payudara untuk satu pertiga remaja (33%), manakala lebih dari dua pertiga (72%) menyatakan kecenderungan untuk lebih memberi perhatian kepada mesej kesedaran kesihatan payudara bila melihatnya di media sosial.
Secara keseluruhan, kajian Avon mendapati masih banyak yang perlu dilakukan untuk menggalakkan perbualan mengenai kanser payudara. Menggalakkan perbualan mengenai kesihatan payudara amat penting dari usia yang muda untuk memperkasa wanita dan gadis dengan kesedaran serta keyakinan menjaga diri dan kesihatan jangkamasa panjang.
Sebagai sebahagian dari Breast Cancer Promise Avon, Avon terus memperkasa komuniti pekerja dan jutaan Wakilnya di seluruh dunia untuk mengetahui tanda-tanda serta risiko berkaitan kanser payudara, dan bagaimana untuk bertindak.
Angela Cretu, CEO di Avon, berkata: "Sebagai wanita, hidup kita cukup sibuk, membuat kita sering terlupa menjaga diri. Demi diri sendiri dan insan tersayang, kita sepatutnya memikirkan tentang kesihatan payudara kita.
Bila berbicara tentang kanser payudara, kesedaran dan pengesanan awal dapat menyelamat nyawa. Kerana itulah di Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini, kami mahu semua wanita Feel the #BoobLove. Dengan berkongsi mengenai pengalaman kita, kita bersama meningkatkan kesedaran, meruntuhkan hadangan, serta memperkasa lebih ramai wanita untuk mengambil langkah proaktif demi kesihatan mereka sendiri.”
Selama 30 tahun, Avon telah komited dalam usaha Breast Cancer Promise yang bertujuan memastikan tiada wanita berada dalam kegelapan tentang kanser payudara. Dalam tempoh tersebut, syarikat ini telah mendermakan USD951 juta terhadap usaha berkaitan kanser payudara, dan membiayai saringan payudara bagi 17 juta wanita di seluruh dunia.
Kempen 2023 di Malaysia
Kempen Feel the #BoobLove di tanahair menampilkan Azreen Hakim, seorang pejuang kanser payudara muda yang cukup positif. Beliau berkongsi perjalanannya melawan kanser, dan kelantangannya dalam menggalakkan kepentingan pemeriksaan sendiri. Avon turut mengadakan pengumpulan dana melalui jualan dari Oktober sehingga Disember ini. Setiap bulan, RM1 dari setiap pembelian barangan terpilih akan didermakan ke Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM), salah satu rakan NGO Avon Malaysia. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk pendidikan awam serta aktiviti di peringkat akar umbi berkaitan kanser payudara. Pembelian dan sumbangan boleh dilakukan melalui mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon serta dari laman web https://shop.avon.my.
Untuk mengetahui cara ‘Feel The #BoobLove’ serta akses terhadap sokongan dan info, sila layari: https://www.avonworldwide.com/supporting-women/breast-cancer.
Comments
Post a Comment