FESTIVAL FILEM EROPAH (EUFF) KEMBALI UNTUK TAHUN KE-24 DI MALAYSIA


Pilihan filem kontemparari Eropah yang terbaik akan ditayangkan di pawagam wayang berhampiran anda sempena Festival Filem Eropah Ke-24 (EUFF).

Festival ini, yang akan dilancarkan pada Oktober 10 dengan filem Sepanyol Goya in Bordeaux di GSC Mid Valley Megamall akan mempersembahkan 18 filem dari 15 negara di Eropah. Filem-filem tersebut akan ditayangkan di lima cawangan Golden Screen Cinemas (GSC) di Malaysia.

Festival ini bermula dari Oktober 12 hingga Oktober 22 di GSC Mid Valley Megamall, MyTown & 1 Utama di Lembah Klang, sebelum diteruskan ke GSC Gurney Plaza Penang dari Oktober 26 November 1.

Tahun ini EUFF juga kembali ke Kuching. Dari November 2 hingga November 5 filem-filem berkait juga akan ditayang di CityOne Megamall Kuching. Kali terakhir EUFF berada di Sarawak adalah pada tahun 2018.

Semasa taklimat media EUFF, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia TYT Michalis Rokas, berkata EUFF yang mungkin merupakan festival filem yang tertua di Malaysia. Beliau berkata ia juga telah berkembang menjadi institusi budaya yang menghubungkan orang dari pelbagai lapisan masyarakat.

"Ia adalah pelantar bagi Negara-Negara anggota dan rakan-rakan dalam benua ini seperti Ukraine, Norway dan Switzerland untuk berkongsi warisan, minat, dan kepakaran kami dalam pembuatan filem kepada Malaysia dan dunia.

"Kebudayaan kita yang kaya dengan sejarah, falsafah, dan landskap yang dipamerkan semasa EUFF yang berada di Malaysia sejak 1999."

Duta Besar Rokas berkata Kuching diperkenalkan semula sebagai lokasi dalam festival ini selaras dengan dasar Kesatuan Eropah untuk sampai seramai mungkin rakyat Malaysia.

"Kesatuan Eropah sedang menyambut ulang tahun ke-20 di Malaysia dan selaras dengan semangat kebersamaan dan kemakmuran bersama kami, kami meluaskan festival ini sebagai tanda persahabatan dan penghormatan kepada Malaysia secara menyeluruh daripada hanya memberi tumpuan kepada Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia."

Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, TYT José Luis Pardo Cuerdo, berkata bahawa kedutaan beliau memilih Goya in Bordeaux untuk melancarkan festival ini kerana Kerajaan Sepanyol sedang meraikan ulang tahun ke-50 kematian Pablo Picasso dan sumbangan beliau kepada dunia.

Picasso, salah seorang seniman yang paling berpengaruh dalam abad ke-20, mengambil inspirasi daripada Francisco José de Goya y Luciente. Siri Goya & Disasters of War menjadi inspirasi penting bagi perspektif Picasso terhadap kekejaman semula jadi manusia.

Pardo Cuerdo berkata filem ini, yang ditulis dan diarahkan oleh Carlos Saura, meneroka pengalaman dan evolusi seni Goya yang dianggap sebagai salah satu pelukis dan pencetak yang terhebat dalam zaman moden.

Filem ini memfokuskan kepada perkembangan Goya sebagai seorang lelaki, karyanya, dan obsesi peribading sebelum kematianya.

Cik Clara Cualbu Timbalan Ketua Misi untuk Itali yang hadir berkata kedutaan itu menampilkan Parents vs Influencers kerana kritikan tentang cabaran membimbing remaja di zaman moden.

Beliau berkata komedi yang diarahkan oleh Michela Andreozzi ini juga dipilih kerana ia adalah filem kontemporari ini mengisahkan pengalaman seorang professor yang berdepan dengan obsesi media sosial anak perempuannya dan perbezaan antara generasi.

“Kedua-dua filem yang dipersembahkan oleh Itali, Parents vs Influecers and We Still Talk, mengingatkan kita tentang kerumitan hubungan manusia, kepentingan meluaskan pandangan kita dan kuasa empati dan kasih sayang.

“Semua ini tema universal yang tidak mempunyai sempadan dan membabitkan kita semua sama ada kita tinggal di Itali, Malaysia atau di tempat lain di dunia. Ini adalah sebab mengapa filem ini dipilih. Kami harap anda akan menghayatinya.”

Filem ini bersama dengan Goya in Bordeaux adalah antara 11 tajuk yang akan ditayangkan secara percuma.

Filem-filem lain yang akan ditayangkan secara percuma adalah The Restless (Belgium), Neither With You (Hungary), 100 Days of Ulysses (Ireland), We Still Talk (Italy), The Brothers (Netherlands), Operation Arctic (Norway), Ramona (Spain), Imad Childhood (Sweden), dan Mr Jones (Ukraine).

Penonton filem boleh mendapatkan tiket percuma melalui pembayaran elektronik di laman web dan aplikasi GSC atau mesin tiket di pawagam-pawagam yang mengambil bahagian.

EUFF Ke-24 dianjurkan oleh Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dengan kerjasama kedutaan dan institusi budaya Negara-Negara Anggota EU, Ukraine, Switzerland dan Norway.

Tiket akan dijual pada harga RM10 dan boleh diperoleh melalui perkhidmatan e-payment GSC di www.gsc.com.my, aplikasi GSC, atau pawagam-pawagam terpilih mulau Oktober 9.

Layari www.euff.com.my atau www.gsc.com.my untuk maklumat lanjut mengenai filem-filem dan jadual tayangan.

EUFF merupakan anjuran hasil kerja dengan GSC dan portal Cinema Online.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!