JENAMA KELENGKAPAN BILIK TIDUR SINGAPURA, EPITEX KINI TIBA KE PASARAN MALAYSIA


Jenama kelengkapan bilik tidur dari Singapura, Epitex telah melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia dengan membuka kedai perdana di Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.


Majlis pelancaran Epitex telah disempurnakan oleh Encik Nick Koh, Pengurus Negara Malaysia Epitex. Sejak lebih 26 tahun, Epitex telah menjadi destinasi utama bagi penggemarnya di Singapura untuk mendapatkan produk kelengkapan bilik tidur yang dipercayai. 


Antara produk berkualiti yang ditawarkan adalah selimut, set cadar, sarug bantal, dan pelbagai aksesori yang lain. Dengan ketibaanya ke pasaran Malaysia, Epitex bersedia untuk merevolusikan gaya hidup dan industri produk kelengkapan bilik tidur.


Di majlis pelancaran tersebut, Epitex turut memperkenalkan koleksi cadar yang diperbuat daripada bahan yang lebih mesra alam sekitar seperti Tencel dan Buluh Arang, mempamerkan komitmen mereka terhadap keselesaan dan kemampanan alam sekitar. 

Untuk maklumat lanjut tentang Epitex dan penawaran produk mereka, sila layari https://my.epitexhome.com/ atau hubungi +603-8074-7253.

Epitex Home @ IOI City Mall
Alamat: L2-224, Second Floor, City, IOI City Mall, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
No telefon: 03 - 8958 5948

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

FOR THE REASONS THAT MATTER: KEMPEN SERANTAU PERTAMA PERTINGKAT KESEDARAN KESIHATAN RESPIRATORI DEWASA

VITAHEALTH DIAKUI PENERAJU PRODUK KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS