JOM JAMU SELERA DI 'PAVILION FEAST' SEMPENA ULANG TAHUN KE-15 PAVILION KL

Pavilion Kuala Lumpur sedang rancak mempromosikan 'Pavilion Feast' sebuah kempen yang bakal menawan selera anda! Dengan cita rasa dari serata dunia, 'Pavilion Feast' merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke 15 Pavilion KL.


Al Halabi, Level 7, Dining Loft

Gemarkan cita rasa Timur Tengah? Mulakan pengembaraan selera anda di Al Halabi yang sesuai untuk berdua atau berkumpulan, dengan suasana yang menarik dan selesa.


Sempena Pavilion Feast, pengunjung ke Al Halabi berpeluang untuk menikmati pizza berbentuk hati bersama orang tersayang. Briyani kambing adalah salah satu hidangan yang wajib dicuba. Nasi di maak dengan sempurna dengan rempah-ratus yang membangkitkan selera serta daging kambing yang empuk, dimasak lebih 4 jam. 

Oppadak - Caramel Popcorn Roasted Chicken™

Oppadak, Level 7, Dining Loft

Inginkan kelainan dalam hidangan Korea anda? Jom kita cuba hidangan bertemakan popcorn di Oppadak. Menu yang baharu dilancarkan dengan kerjasama myEureka menampilkan hidangan popcorn karamel yang lazat termasuk Ayam Bakar Ketuhar Popcorn Karamel, Ayam Panggang Popcorn Karamel, Kentang Goreng Popcorn Karamel, Keju Popcorn Karamel dan Bingsu Popcorn Karamel.


Anda juga boleh meningkatkan pengalaman menjamu selera dengan memakai pakaian tradisional Korea, hanbok yang disediakan dengan percuma di Oppadak untuk bergambar kenang-kenangan.


Yu Yan, Level 7, Pavilion Elite

Rasai sendiri perbezaan pelbagai teh premium dari negara China di kedai teh terbaharu Pavilion KL - Yu Yan. Kedai teh yang baharu dibuka ini mengimport teh klasik dari Gaosuban, China yang mempunyai sejarah yang kaya sejak 1904.


Di Yu Yan, anda akan mendapat layanan mesra daripada kakitangan mereka yang mahir dan berpengetahuan dalam pemilihan teh premium seperti Wuyi Rock Tea, Jianyang White Tea dan TongMuGuan Black Tea. Yu Yan juga menyediakan ruang yang selesa untuk menikmati dan mempelajari tentang seni penyediaan teh. 


Laem Charoen, Level 1, Gourmet Emporium

Restoran Thai Laem Charoen di Pavilion Kuala Lumpur merupakan cawangan pertamanya di luar Thailand. Nikmati hidangan Thai yang asli, disediakan oleh chef-chef berpengalaman dari Thailand. Hidangan yang harus dicuba adalah Ikan Siakap Goreng Dengan Sos Ikan, Kari Tenggiri Kukus, Tom Yum Goong Berkrim dan Nasi Goreng Nanas. 


Jangan lupa mencuba Salad Betik Pedas yang disyorkan oleh chef—campuran harmoni cita rasa Thai - manis, masam dan masin yang menjadi pembuka selera! 


Madam Croffle, Level 1, Gourmet Emporium

Pada asalnya croffle adalah kudapan yang amat popular di tepi-tepi jalan di Korea. Ia merupakan hasil gabungan dua jenis makanan - croissant dan waffle. 

Madam Croffle telah membawa hidangan yang menarik ke Pavilion KL! Anda bebas untuk memilih topping kegemaran mengikut selera sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian sandwich croffle baharu mereka dengan tiga perisa yang lazat – Tuna Mayo, Spicy Tuna Mayo dan Egg Mayo. Hidangan lazat ini sesuai untuk sarapan pagi atau snek waktu minum teh!


Pavilion Feast Mooncake Pop-Up, Level 3

Selain dari Tahun Baharu Cina, Pesta Kuih Bulan merupakan hari perayaan yang disambut dengan meriah oleh masyarakat Cina. Penggemar kuih bulan boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih bulan dengan pelbagai perisa di Gerai Pop-Up Kuih Bulan Pavilion Feast. Terdapat pelbagai inti pilihan sama ada yang kontemporari seperti Musang King Durian atau yang klasik seperti White Lotus dengan Kuning Telur Masin. Gerai pop-up ini membariskan 25 jenama kuih bulan berbeza daripada hotel 5 bintang, restoran ikonik, vendor kuih bulan terkenal dan jenama teh. Antaranya adalah Kakiyuki, Le Meridien PJ, Pavilion Hotel, First Class, Duria, dan Durian Baby & Friends.


Untuk mendapatkan cadangan dan maklumat lanjut tentang 'Pavilion Feast,' sila hubungi VIP Dining Concierge, Pavilion Kuala Lumpur di talian 03 2118-8835, layari laman web di www.pavilion-kl.com atau ikuti perkembangan terkini melalui Aplikasi, Facebook, atau Instagram Pavilion Kuala Lumpur. 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!