JUALAN 9.9 MEGA BRANDS LAZADA KINI KEMBALI DENGAN TAWARAN EKSTRAVAGANZA


Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara teruja mengumumkan Jualan 9.9 Mega Brands yang akan berlangsung daripada 9 hingga 13 September 2023. Rebut tawaran menawan yang tiada tandingan, rebat yang hebat, dan penjimatan dahsyat yang amat berbaloi sempena kempen jualan selama lima hari yang pastinya menceriakan para pengguna yang gemarkan barangan berjenama.

Bermula seawal 4 September, para pengguna juga boleh mula mengumpul Lazada Bonus* untuk menikmati diskaun* RM9 dengan setiap pembelian berjumlah RM90. Selain itu, diskaun tambahan turut boleh didapati dengan tawaran Chup Dulu* - di mana pengguna boleh meletakkan deposit untuk menikmati harga terendah dengan penjimatan sehingga 60%* untuk barangan terpilih. Dengan tawaran daripada kedai dalam talian terpilih di LazMall dan Lazada Marketplace, para pengguna boleh menjangkakan promosi hangat daripada pelbagai jenama yang diidam-idamkan, antaranya SKII, Lancome, Nike, OGAWA, Samsung, Clarks, Timberland, PUMA, Skechers, dan banyak lagi.

Nikmati Promosi Jenama Terhangat di Lazada

Kali ini, Lazada 9.9 Mega Brands Sale membawakan 9 Wonders* - sembilan produk daripada jenama terpilih, dan ianya bakal diperbaharui setiap hari, bermula 9 hingga 13 September, menampilkan jenama terkenal seperti Nike, Dyson, OGAWA, Estee Lauder, L’Occitane, Puma, LEGO, Lancome, Skechers, dan lululemon. Sambil membeli-belah pelbagai produk termasuk kasut, pakaian athleisure, aksesori elektronik, barangan runcit, keperluan rumah, produk penjagaan diri, jam tangan, dan mainan, pengguna boleh menikmati penjimatan hingga 50%*.

Lazada Marketplace juga menawarkan promosi berbaloi bagi kategori fesyen, elektronik, kesihatan dan kecantikan, dan banyak lagi menerusi Mega Jom Bazaar*. Mulai 5 hingga 8 September, kumpulkan baucar daripada kedai dalam talian atau penjual kegemaran anda untuk menikmati diskaun lumayan hingga 90%,* dengan gabungan penghantaran percuma penghantaran percuma Free Shipping* dan pulangan tunai Everyday Cashback*.

Selain itu, pastikan anda tandakan kalendar untuk Crazy Brand Mega Offers*, yang akan berlangsung setiap hari mulai 9 hingga 13 September, pada 12 tengah malam hingga 2 pagi, dengan diskaun sebanyak 90%* di LazMall untuk jenama Sulwhasoo, Adidas, Samsonite, Braun B├╝ffel, La Mer, Jo Malone, Pandora, dan banyak lagi. Bagi mereka yang gemar membeli-belah siang atau malam, Brand Mega Offers menawarkan diskaun sebanyak 70%* di samping penjimatan bagi pelbagai produk seperti kasut jenama Converse, barangan kulit Furla, pakaian Lacoste, produk rumah dan gaya hidup MUJI, produk kosmetik dan penjagaan kulit MAC, dan banayak lagi.

Sekiranya anda mencari produk pada harga terendah di Lazada, Mesti Beli Deals* memaparkan tawaran hebat dan harga eksklusif sepanjang 9 hingga 13 September. Dapatkan pelbagai produk terlaris, koleksi gaya terkini, dan mesti-ada termasuk barangan edisi terhad seperti anak patung Barbie Signature BarbieStyle dolls, peranti POCO X5 Pro, dan pembesar suara Marshall Willen. Rebut potongan harga untuk produk seperti Nintendo Switch OLED, Dyson Supersonic Hair Dryer, Apple iPhone 14 Pro Max, TV Samsung 65” 4K UHD, fon-kepala Bose QuietComfort 45, LEGO Art Hokusai – The Great Wave, dan banyak lagi dengan diskaun hingga 70%*.

Malahan, bagi mereka yang ingin menikmati nilai hebat pada harga rendah, cuba dapatkan 9.9 Surprise Boxes. Kotak kejutan ini boleh dibeli pada harga RM9 hingga RM119, di mana setiap kotak diisi dengan pelbagai produk bernilai hingga RM1,000 atau lebih daripada jenama terkemuka seperti Laneige, Marc Jacobs, Calvin Klein, Philosophy, Kerastase, Melvita, Innisfree The Face Shop, belif, Black and Decker, Habib, dan ELLE. Anda hanya perlu memilih jenama kegemaran anda dan nantikan kejutan daripada koleksi produk yang merangkumi kejutan menawan seperti barang kemas, koleksi edisi terhad, set penjaagaan kulit eksklusif, minyak wangi, snek organik premium, dan pelbagai jenis makanan.

Penjimatan Luar Biasa - Lagi Beli, Lagi Berbaloi!

Di samping itu, para pelanggan juga boleh mengumpul Lazada Bonus* pada setiap hari bermula 4 September sehingga akhir tempoh jualan untuk menikmati diskaun RM9* bagi setiap pembelian berjumlah RM90.

Produk dengan Everyday Cashback* juga menjanjikan pulangan tunai 99%* dengan perbelanjaan minimum RM9, yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Selain itu, nikmati tawaran LazFlash* untuk produk berjenama yang terpilih dengan diskaun sebanyak 50%* hingga 90%*. Seterusnya, pengguna yang membayar dengan Touch 'n Go semasa check-out juga boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak *10% dengan perbelanjaan minimum RM10.

Setiap kali para pelanggan melengkapkan pembelian, menyemak imbas kategori, atau check-in di aplikasi Lazada, mereka berpeluang untuk mengumpul patung Lazzie digital yang boleh ditebus menerusi Lazzie Star*. Dari 5 hingga 8 September, pengguna yang mengumpul Lazzie boleh membuat penebusan di aplikasi Lazada untuk mendapatkan diskaun, tawaran, atau kotak hadiah bernilai hingga RM10,000 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti GINTELL DeVano SC Queen Massage Sofa, Ecovacs Deebot N10 Plus Robot Vacuum, Ogawa EliteX 3D Foot Reflexology, atau Tineco Floor One S5 Smart Floor Washer.

Tandakan kalendar anda untuk Jualan 9.9 Mega Brands Lazada dan maksimumkan penjimatan dengan tawaran menawan, diskaun lumayan, dan kejutan yang pastinya mengujakan. Inilah masanya untuk kita bijak berbelanja dengan memanfaatkan kempen membeli-belah ekstravaganza oleh Lazada!

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Mega Brands Sale, layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini.

Comments

Popular posts from this blog

FESTIVAL FILEM EROPAH (EUFF) KEMBALI UNTUK TAHUN KE-24 DI MALAYSIA

TEMPAT-TEMPAT PALING SYOK DI PAVILION BUKIT JALIL UNTUK BERBUKA PUASA

KULIT BERSIH BERSERI DENGAN KHASIAT KEBAIKAN ALOE VERA DENGAN RANGKAIAN PENJAGAAN PERIBADI HERBALIFE