PUSAT BELI-BELAH KLIPPA LANCAR KEMPEN 'KLIPPA KAN KAWAN'


Pusat Beli-belah Klippa, iaitu destinasi pertemuan Ikano Centres di Utara Malaysia, dengan sukacitanya melancarkan kempen “Klippa Kan Kawan”, iaitu undangan terbuka kepada komuniti di Batu Kawan serta warga Pulau Pinang, dan negeri-negeri yang berhampiran untuk bersama-sama menyertai pusat beli-belah ini dalam mewujudkan jalinan hubungan yang bermakna di samping menawarkan pelbagai tawaran serta promosi yang menarik.


Klippa sebagai Sahabat Anda yang Mesra

Diambil daripada perkataan dalam bahasa Sweden yang merangkumi maksud ‘batu’ dan ‘kawan’, Klippa bukan sahaja sebuah pusat beli-belah, malah juga sebuah destinasi yang melambangkan semangat persahabatan yang mesra dan mencerminkan visi jenama tersebut dalam membina hubungan yang bermakna. Berikutan keluarga yang baharu mendiami kediaman mereka, pelajar memulakan perjalanan pendidikan mereka, dan golongan profesional membina kerjaya mereka di Taman Perindustrian Batu Kawan, Klippa komited untuk menyesuaikan pengalaman khusus bagi setiap orang yang berada dalam lingkungan dan di luar komuniti ini, termasuklah warga Pulau Pinang dan negeri-negeri yang berjiran.

Matlamat Klippa adalah untuk mewujudkan pengalaman yang menyeronokkan, menarik dan selesa bagi setiap kunjungan yang dilakukan ke sana. Pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai pilihan snek, ruang pertemuan santai yang selesa, dan hidangan yang mampu dinikmati untuk para pelajar dan pekerja profesional menerusi penyewa seperti Kejap Food, XiXiang Kaya Kopitiam, Zus Coffee, dan banyak lagi. Konsep pandu lalu F&B Klippa yang menarik memenuhi keperluan profesional dan keluarga yang sibuk, dengan pilihan makan tengah hari secara pandu lalu dan akses mudah kepada jenama makanan terkenal seperti Kenny Rogers Roasters, Coffee Bean & Tea Leaf, A&W, McDonald's, KFC, dan banyak lagi.

Bagi keluarga yang menetap di kawasan tersebut, Klippa menawarkan pelbagai penyewa yang perniagaannya tertumpu pada barangan keperluan rumah, termasuklah Mr DIY Plus dan Harvey Norman. Tambahan lagi, pusat ini menempatkan pasar raya TMG Plus yang serba lengkap dan terkenal dengan pilihan barangan runcit segar dan kering yang meluas dengan harga yang berpatutan bagi memenuhi aneka keperluan setiap pembeli.

Untuk meningkatkan pengalaman kawan-kawan Klippa di seluruh utara Malaysia, pusat ini berusaha untuk mempertingkatkan pengalaman kunjungan mereka ke IKEA Batu Kawan bagi memastikan para pelawat dapat memperoleh manfaat yang sepenuhnya daripada hari aktiviti santai mereka.

Natasha Aziz, Ketua Pengalaman dan Komunikasi Jenama Ikano Centres berkata, “Klippa membayangkan pusat ini sebagai lebih daripada pusat beli-belah. Kami beraspirasi untuk menjadikan Klippa sebuah hab dalam perbandaran Batu Kawan yang semakin berkembang. Kami pada mulanya membuka Klippa pada tahun 2019 dengan keluasan hanya 80,000 batu persegi kawasan boleh pajak kasar (GLA). Sejak itu, kami berkembang kepada 675,000 batu persegi yang menempatkan 40 penyewa dan kadar penghunian sebanyak 98%. Kami kekal komited untuk berkembang bersama dengan komuniti Batu Kawan dan memperkenalkan tawaran baharu yang relevan dengan keperluan pelanggan kami. Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan destinasi pertemuan yang bertunjangkan aktiviti runcit, yang membolehkan para pengunjung kami membeli-belah, menikmati hidangan, berhubung, bersosial dan meraikan keunikan lokasi kami.”


Perkembangan Terkini di Klippa

Pada tahun 2024 yang mendatang, Klippa bakal meraikan dua tambahan yang signifikan dalam rangkaian runcitnya. Yang pertama ialah stesen minyak yang dikendalikan oleh Caltex, yang akan mula beroperasi pada suku tahun pertama. Yang kedua, Klippa akan membuka cawangan Decathlon yang pertama di tanah besar Pulau Pinang pada separuh kedua tahun 2024, sekali gus menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses oleh warga di utara Malaysia.

Tawaran Mega Mingguan

Pada suku terakhir tahun 2023, Klippa akan memperkenalkan promosi eksklusif dan tawaran istimewa yang akan menjadikan pengalaman beli-belah di pusat beli-belah ini lebih bermakna. 

Untuk maklumat lanjut tentang hiburan, aktiviti, promosi dan hadiah percuma Klippa, sila kunjungi kami @Klippashoppingcentre di Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!