DATO' SHAKE AJAK PEMINAT UNTUK BERNOSTALGIA DI KONSERT DATO’ SHAKE ZEPP KL


Hanya dengan menyebut judul-judul lagu ikonik dendangannya, You Know I love you “tu sais je t’aime”, Umi, Pulanglah dan Anugerah Dari Kegagalan, penggemar sudah dapat meneka gerangan penyanyi legenda ini. 

Penjenamaan Dato ’Sheikh Abdullah atau nama komersialnya, mula-mula adalah “SHAKE” Beliau artis Asia pertama yang menjadi penyanyi terkenal menyanyi dalam bahasa Perancis bersama-sama dengan Bruce Lee sebagai pelakon terkenal pada tahun 1976. 

Di tahun 1983, beliau membuat rakaman pertama dalam bahasa Melayu dan kemudian dikenali dengan nama “Dato‘ Shake”

Tidak hanya membuat penggemar jatuh hati saat beliau mengalunkan vokal emas lewat lagu-lagu Perancis, Melayu Dan Inggeris, Dato’ Shake mencetak nama sebagai artis antarabangsa terkenal yang berpangkalan di Paris, dan penerima Chevalier des art et Lettre (Knight of the Order of Arts Letters and Merits) yang berprestij daripada Kerajaan Perancis, atas sumbangannya terhadap mempromosikan bahasa Perancis dan budaya di seluruh Asia. 

Dikurniakan gelaran Dato’ (Dato Paduka Mahkota Johor) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor (Malaysia) pada tahun 1979, Dato’ Shake akan membuat persembahan dalam beberapa repertoir bahasa iaitu Bahasa Perancis, Inggeris dan semestinya bahasa Melayu. 

Sedar betapa banyaknya jiwa yang dahagakan suara merdu dan melihat penghibur bertaraf antarabangsa ini beraksi di Malaysia, InTour Live Events dengan bangga membawakan Konsert Dato ’ Shake Zepp KL pada 16 Disember 2023

Konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muziknya. Semua repertoir terbaik dalam kerjaya muziknya akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal dan tidak dapat dilupakan yang merupakan koleksi malar hijau kegemaran ramai di kalangan rakyat Malaysia dan luar negara. 

InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato ’Shake Zepp KL sebagai sebuah destinasi buat peminat kembali menggembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit Dato ’Shake yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an. 

Dan tentulah karya-karya terkini yang telah dihasilkan termasuk Chameleon (2012) akan menjadi halwa telinga sekaligus dapat dinikmati secara langsung menerusi konsert anjuran InTour Live Events pada 16 Disember 2023 ini.

“Dato’ Shake merupakan artis yang benar-benar unik. Beliau mempunyai bakat yang tidak dapat dinafikan dan lebih penting lagi, seorang yang serba boleh. Beliau benar-benar dekat dengan perkataan "fusion", tidak dinafikan bahawa beliau merupakan lelaki berbakat semula jadi yang menyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Peminat akan merasai nostalgia dunia lama melalui lagu-lagu Melayu dan pop dan rock dunia baharu daripada lagu Perancis dan Inggeris beliau. Lagu-lagu baru yang dirakamkan semasa beliau berhijrah di Hollywood California USA pada tahun 1988 sampai hingga ka 2011. 

Oleh itu kami sangat teruja untuk mempersembahkan Konsert Dato’ Shake Zepp KL kerana peminat bukan sahaja dapat pulang dengan menggamit nostalgia menerusi lagu-lagu Melayunya malah akan terpesona dengan genre pop dan rock dalam bahasa Perancis dan Inggeris yang menjadikan beliau sebagai penghibur yang disegani

Dan lebih daripada itu, kami di InTour Live Events dan iMe Entertainment Group berharap Konsert Dato’ Shake Zepp KL akan mengubat kerinduan peminat terhadap sang legenda kesayangan ramai. Malah peminat akan menyaksikan persembahan yang berkualiti oleh para pemuzik Paris yang hebat serta berjaya, yang pernah menjadi pemuzik tetap Dato’ Shake sepanjang kerjayanya,” ujar Bonor Seen, wakil penganjur, InTour Live Events. 

Buat Dato ’Shake sendiri, pulang menyantuni penggemar di bumi kelahiran tercinta adalah sebuah impian yang sudah direncana sejak tahun 2020. Namun rencana yang sempat tertunda lantaran pandemik itu akan segera direalisasikan apabila legenda yang kini menetap di Paris, Perancis ini dilamar oleh InTour Live Events dan iMe Entertainment Group untuk mengadakan konsert. 

Ya, konsert dengan konsep muzikal adalah detik ajaib bagi Dato’ Shake dengan kostum karisma pentasnya, terutamanya vokalnya yang menakjubkan. Ini daripada pesanan Dato’ Shake untuk peminatnya. “Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia! Malangnya pandemik itu merosakkan rancangan semua orang termasuk saya! Kami penghibur memutuskan untuk bergerak ke hadapan (move on) dengan pertolongan dan kasih sayang Tuhan serta orang ramai. Nantikan untuk berjumpa anda tidak lama lagi Zepp KL! 

“Saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Dato’ Shake Zepp KL, 16 Disember 2023 ini. Jumpa anda semua nanti! Tdak sabar untuk membuat persembahan di Zepp KL kerana banyak ulasan yang bagus tentang Zepp sebagai salah satu pentas terbaik,”katanya penuh teruja. 

Untuk mengembalikan nostalgia muzikal era 70-an 80-an 90-an dan kini, beliau akan membawakan perjalanan muzikal kerjayanya sejak 1976 hinggalah 2023 dengan menyanyikan lagu-lagu asalnya dalam tiga iaitu bahasa Perancis, Inggeris dan Melayu. 

Konsert Dato ’Shake Zepp KL yang berlangsung pada 16 Disember 2023 akan menyaksikan penyanyi antarabangsa ini menghiburkan penggemar untuk tempoh 90 minit bermula pukul 8.30 malam. 

Harga konsert tiket bermula dări harga RM358 ke atas. Ia akan menjadi salah satu konsert penutup terbaik tahun 2023 yang pernah disaksikan peminat kerana Dato’ Shake merupakan penghibur ikonik yang mesti dijadikan rujukan pemuzik generasi masa kini. 

Sinar FM merupakan rakan radio rasmi untuk konsert ini manakala Astro Gempak pula menjadi rakan digital rasmi


KONSERT DATO SHAKE ZEPP KL 
LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR 
TARIKH: 16 DISEMBER 2023 
MASA: 8.30 MALAM 
PENGANJUR: InTour Live Events & iMe Entertainment Group 
RAKAN MEDIA RASMI: SINAR FM (Radio rasmi) ASTRO GEMPAK (Digital rasmi) 
HARGA TIKET: 
Cat 1 - RM598 
Cat 2 - RM498 
Cat 3 - RM398 
Cat 4 - RM458 
Cat 5 - RM358 
*Kotak Premium - RM5,000 – untuk 8 pengunjung 
(tidak termasuk RM4 processing fee) 

Tiket-tiket mula dijual pada 3 OKTOBER 2023, Selasa, jam 11 pagi 

PEMBELIAN TIKET: www.ticketcharge.com.my 
RANGKAIAN SOSIAL: 

Comments

Popular posts from this blog

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN