MUSLIM PRO MERAIKAN 14 TAHUN PERKHIDMATAN DENGAN WEBINAR LANGSUNG, DISKAUN LANGGANAN DAN BANYAK LAGI


Setelah meraikan jumlah pencapaian 150 juta muat turun di seluruh dunia, menjadikannya aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia, Muslim Pro kini mengumumkan sambutan ulang tahun ke-14 perkhidmatannya.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun tersebut, Muslim Pro akan melancarkan pelbagai aktiviti dan ciri- ciri sepanjang tempoh kempen tersebut.

Percubaan percuma di Astro: Pelanggan Astro yang memiliki Peti Ultra/Ulti akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox, bersama-sama dengan langganan Muslim Pro. Promosi ini berakhir pada 26 September 2023.

Webinar: Beberapa tokoh Muslim terkenal akan menyertai webinar langsung pada 24 September, termasuk Brother Belal Elkadri - seorang penceramah motivasi, koordinator komuniti The Family Youth Institute, dan hos Noor Kids News - bakal membincangkan erti kesyukuran dari perspektif Muslim.

Tontonan Hujung Minggu: Koleksi 14 judul yang boleh ditonton secara percuma semasa hujung minggu termasuk filem drama terbaru ‘Rabia & Olivia’, dengan lakonan pelakon Bollywood Sheeba Chaddha, pemenang Anugerah Filmfare 2022 untuk pelakon pembantu terbaik, dan karya asli Qalbox ‘I Am Muslim’ yang dibintangi oleh selebriti saudara baru Islam, hos radio dan televisyen dari Malaysia, Mat Dan, yang menceritakan tentang beliau membuka hati untuk mencari iman.

Turut akan ditampilkan, tayangan perdana ‘Learn Islam’ by Noor Kids’ yang akan dihoskan oleh saudara Amin dan Imam Wisam Sharieff. Penekanan syukur akan dibicarakan sepanjang kempen ini dijalankan.

Jurnal Kesyukuran: Akses kandungan tambahan, termasuk artikel, PDF Jurnal Kesyukuran yang boleh dimuat turun, dan latar belakang yang memberi inspirasi untuk menyemai pemikiran positif dalam kehidupan harian. Muat turun eksklusif percuma Jurnal Kesyukuran tersedia untuk peserta webinar. Untuk latar belakang yang memberi inspirasi, lawati laman Instagram Muslim Pro.

Kempen ulang tahun ini akan berlangsung dari 7 September hingga 24 September 2023. Ia menandakan peristiwa penting dalam perjalanan Muslim Pro dalam memberi khidmat untuk komuniti Muslim global. Tema "Kesyukuran dalam Setiap Langkah" mencerminkan penghargaan yang mendalam aplikasi ini terhadap kepercayaan dan sokongan yang diterimanya selama ini. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Muslim Pro bertujuan untuk menonjolkan perkembangan aplikasi ini, menerima maklum balas dan cadangan dari penggunanya di seluruh dunia yang telah membawa aplikasi ini ke tahap sekarang.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Nik Emir Din, co-CEO Muslim Pro, berkata, "Perjalanan kami selama 14 tahun terakhir adalah bukti kepada perjalanan luar biasa yang telah kami lalui bersama jutaan Muslim di seluruh dunia. 'Bersyukur dalam Setiap Langkah' mencerminkan penghargaan yang mendalam kami terhadap kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari komuniti kami, terutamanya komuniti kami di Malaysia.

Tahun ini, kami telah memberi semula kepada pengguna setia kami di Malaysia dengan kempen pemberian hadiah Haji selama 10 hari. Hadiah-hadiah termasuk perjalanan ke Baitulmaqdis, Jordan, dan Balkan, serta peranti berteknologi tinggi yang terkini seperti Apple iPhone 14 Pro Max, Samsung Galaxy S23 Ultra, dan televisyen Samsung 75 inci, semuanya dilengkapi dengan tajuk-tajuk Qalbox dan pilihan tontonan.

Kami akan terus berdedikasi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami agar selaras dengan aspirasi yang kian berkembang di kalangan Muslim di Malaysia dan di luar negara, sambil terus menyokong komuniti Malaysia yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami."

Sejak penubuhannya pada tahun 2009, Muslim Pro telah berusaha untuk menyediakan solusi digital yang komprehensif dan inovatif untuk meningkatkan kehidupan Muslim di seluruh dunia dengan ciri-ciri utiliti agama yang tepat dan menyediakan kandungan gaya hidup yang pelbagai.

Kini telah berintegrasi dengan Qalbox – ciri penstriman hiburan global yang memuatkan perpustakaan yang kaya dengan filem Islam, siri TV, dokumentari, program kanak-kanak, dan banyak lagi - Muslim Pro kini telah berubah untuk menjadi pusat digital utama yang merangkumi semua aspek pengalaman Muslim, 'Rumah Digital untuk Semua Hal Berkaitan Muslim.'

Sertai Muslim Pro dalam meraikan "Kesyukuran dalam Setiap Langkah: Merayakan 14 Tahun Bersama." Ikuti perkembangan kempen ini di media sosial @muslimproofficial.my dengan menggunakan hashtag #14TahunMuslimPro dan layari www.muslimpro.com untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!