PRECIOUS OF MALAYSIA BAKAL CETUS REVOLUSI KEBUDAYAAN


Precious of Malaysia anjuran Kumpulan FM kembali sekali lagi buat edisi kedua untuk meraikan budaya, warisan dan fesyen Malaysia. Bertemakan "Cultural Revolution - Truly Asia", acara tersebut telah diumumkan oleh pengasas Precious of Malaysia, dan pereka fesyen ternama tempatan - Farel Mikhail & Jonathan Kok di majlis sidang media di Mirage by Pak Abu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan turut menyerikan majlis dan sekali gus merasmikan program ini yang bakal dilangsungkan di Mirage By Pak Abu di Zebra Square Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Oktober 2023.

Turut hadir adalah Penaung Precious of Malaysia Y.M. tengku Dato' Dr Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Penasihat Precious of Malaysia Puan Sri Akmal Abdul Salam, Dato' Kevin Lee dan Dato' Nurzarina, Jabatan Warisan Negara - Pengarah Jabatan Warisan Tidak Ketara Dr Eyo Leng Yan.

Para hadirin juga berpeluang melihat pratonton peragaan fesyen Precious of Malaysia daripada pereka Jonathan Kok (cheongsam), Farel Mikhail (Melayu manis), Kenny Low (kebaya nyonya), Qif Alvarez (pakaian lelaki songket). Putra Wakalam (pakaian pendekar), Harry Putraa (songket kurung); Armnabil (pakaian malam songket) dan Zhu Said, memperagakan rekaan unik dan menarik perhatian.

Program tahun ini akan memberi tumpuan kepada empat komponen utama - Minggu Fesyen Budaya, Pameran Tanjak & Tengkolok Di Raja, Malam Gala Kebudayaan dan Hari Tanjak Malaysia.

Precious of Malaysia akan Program ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC) dan Jabatan Warisan Negara.

 
Minggu Fesyen Kebudayaan akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober di tempat yang sama. Program tersebut akan memberikan platform kepada pereka fesyen tempatan bagi mempamerkan karya kreatif mereka dan memacu industri ke hadapan dengan memperkenalkan pelbagai elemen budaya & warisan ke dalam aliran arus perdana fesyen di Malaysia hari ini.

Antara pereka yang akan menyertai Minggu Fesyen Budaya ialah 10 pereka fesyen dari Konfederasi Pereka Fesyen Asean, 8 daripada pelajar tahun 2 & 3 dalam Sarjana Muda Teknologi Reka Bentuk Fesyen (Kepujian) di Taylor's University, dan pelajar dari UiTM dan Kolej Komuniti Selayang

Satu lagi program utama dan unik Precious of Malaysia tahun ini ialah Pameran Tanjak & Tengkolok Diraja yang akan diadakan dari 10 hingga 15 Oktober 2023. Hari Tanjak Malaysia juga bakal diraikan pada 15 Oktober 2023.

Acara kemuncak bagi Precious of Malaysia adalah Malam Gala Kebudayaan yang bakal dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Acara permaidani merah berprestij itu juga akan menyaksikan kehadiran pelbagai orang kenamaan, selebriti VIP dan personaliti terkenal dalam industri fesyen.

Malam Gala Kebudayaan juga akan menampilkan Pameran Fesyen Budaya Malaysia, persembahan tradisional dan persembahan artis, pelancaran rasmi lagu tema Precious of Malaysia dan penyampaian Anugerah Precious Of Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.instagram.com/preciousofmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!