MELANGKAH MASUK KE DUNIA SHEIN DI ACARA POP-UP PERTAMANYA DI MALAYSIA DI MYTOWN SHOPPING CENTRE


SHEIN, platform pasaran bersepadu global yang menawarkan pelbagai kategori beli-belah fesyen, kecantikan dan gaya hidup, bersedia untuk melancarkan Acara Pop-Up SHEIN Malaysia yang dinanti-nantikan di Malaysia! Acara pop-up yang membawakan satu pengalaman yang unik dan hebat ini akan akan berlangsung dari 27 September hingga 2 Oktober di Central Town, Tingkat Bawah MyTOWN Shopping Centre.

Acara fesyen ekstravaganza ini diserikan oleh kehadiran para personaliti, pempengaruh dan ikon fesyen Malaysia yang terkenal termasuk Amelia Henderson, Scha Elinnea, Yaya Zahir, Sairiya Murugiah, Dior Yaw dan Farrah Khairina.


Acara Pop-Up ini telah dilancarkan dengan acara Peragaan Fesyen SHEIN yang mempesonakan, disusun khas dan digayakan oleh sekumpulan pempengaruh yang terkenal Malaysia - Ash Edward, Khainina Khalil, Isha Norsham, Ashley Chin dan Ikhmal Nour. Peragaan fesyen tersebut menampilkan peragawan dan peragawati yang terdiri daripada #beSHEINmodels. Acara yang memukau ini mempamerkan komitmen SHEIN untuk meraikan keindividuan dan kepelbagaian, kerana setiap model yang tampil di pentas peragaan membawakan pelbagai gaya SHEIN yang menawan.

Menampilkan lebih daripada 1,000 produk fesyen dan aksesori yang dicipta untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, acara tersebut dibahagikan kepada empat tema yang memikat hati - gaya Parti, gaya Pejabat, gaya Aktif dan Renang serta gaya Musim Panas & Jalanan. Untuk memastikan terdapat pilihan yang menarik untuk setiap suasana, majlis dan personaliti masing-masing, SHIEN turut mempamerkan busana yang dipilih khas oleh SHEINfluencers, yang menampilkan trend fesyen terkini.


Acara Pop-Up SHEIN Malaysia ini menunjukkan bahawa pakaian bukanlah sekadar apa yang anda pakai; malah ia menyerlahkan gaya anda tersendiri dan meraikan keunikan diri anda.

Kepelbagaian menjadi tumpuan utama di Acara Pop-Up SHEIN, yang mana jenama tersebut meraikan keindividuan dengan menawarkan siri Curve+ Plus, yang merangkumi saiz hingga 4XL. Dalam hal ini, SHEIN menghantar mesej yang jelas: bahawa fesyen tidak mengenal sempadan dan ada gaya yang sempurna untuk semua. SHEIN membawakan peragaan fesyen ke tahap lebih tinggi dengan diperbaharuinya setiap hari, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan peragaan fesyen wanita, lelaki dan kanak-kanak yang berterusan. Potongan fesyen baharu, inspirasi baharu dan cara baharu untuk mengekspresikan gaya peribadi akan ditampilkan pada setiap hari.

Acara Pop-Up juga menampilkan Kaunter Kecantikan SHEGLAM yang eksklusif yang mana pengunjung boleh mendalami dunia kosmetik dengan rangkaian produk kecantikan SHEGLAM yang mampu milik. Dilancarkan pada tahun 2019, SHEGLAM berdedikasi untuk menyediakan pengalaman kecantikan yang terbaik kepada para pencinta solekan di seluruh dunia.

Sementara itu, Zon Rumah & Kediaman di Acara Pop-Up SHEIN Malaysia akan memberikan gambaran tentang ruang kediaman yang bergaya. Pendekatan holistik terhadap fesyen ini mempamerkan komitmen SHEIN untuk menyediakan pengalaman membeli-belah gaya hidup yang serba lengkap kepada semua.

Dan bukan itu sahaja! SHEIN juga telah menyediakan pemberian hadiah SHEIN eksklusif setiap hari dan penampilan istimewa oleh pempengaruh fesyen terkemuka di Malaysia, khas untuk para pengunjung.


"Di SHEIN, kami percaya bahawa keindahan fesyen harus dapat diakses oleh semua. Fesyen bukan sahaja mengenai fabrik dan trend gaya; ia adalah perjalanan transformatif dan satu cara yang hebat untuk ekspresi diri. Para peminat fesyen Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menerima trend dan menggayakannya dengan sentuhan peribadi mereka. Kami percaya bahawa pameran pop-up ini akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka dan mengekspresikan gaya mereka dengan lebih bebas," kata Qiu Tianyi, Ketua Penjenamaan, SHEIN Asia Tenggara.

Melangkaui sempadan gaya; SHEIN juga telah mengorak langkah dalam arena pemerkasaan dengan pengenalan Program Komuniti #beSHEINmodels ke Malaysia. Program tersebut, yang telah berkembang pesat dengan lebih 7,000 ahli, memfokuskan pada idea bahawa fesyen bukan sahaja untuk kelihatan hebat; malah juga membangkitkan perasaan yang hebat. Pelbagai ganjaran eksklusif menanti mereka yang menyertai pergerakan fesyen ini.

Acara Pop-Up SHEIN Malaysia juga menandakan kemunculan pertama Hari SHEINfluencer yang pertama di Malaysia. Hari SHEINfluencer bertujuan untuk menghargai komuniti #SHEINfluencer dan meraikan kejayaan kerjasama dengan para pempengaruh yang terkenal dan disukai ramai di Malaysia.


Jadi, tunggu apa lagi? Mulai sekarang hingga 2 Oktober, kunjungi dan alami dunia gaya trend terkini, pakaian hebat dan aksesori yang akan menyemarakkan dunia fesyen anda. Sila dapatkan maklumat tentang acara di bawah:

Tarikh: 27 September – 2 Oktober 2023 (Rabu – Isnin)
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Central Town, Tingkat Bawah @ MyTOWN Shopping Centre

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Acara Pop-up SHEIN di Malaysia, sila layari laman web rasmi SHEIN.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!