WAYANG PACAK TONTON ORIGINAL: FILEM “DOH” GAMATKAN KUIH PIKNIK #MANISPAHITBERSAMA


Bersempena dengan kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertemakan Manis Pahit Bersama anjuran Media Prima Berhad, Tonton menggamatkan lagi acara Kuih Piknik #ManisPahitBersama dengan sesi wayang pacak Tonton Original: Filem “DOH” bersama pengunjung seiring dengan tayangan eksklusif yang bermula pada Hari Malaysia!

Tahun ini, Media Prima Berhad telah melancarkan kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertemakan Manis Pahit Bersama bagi meraikan kepelbagaian dan perpaduan dengan menonjolkan kuih tercinta rakyat Malaysia. Acara kemuncaknya iaitu Kuih Piknik #ManisPahitBersama, sebuah acara dengan kerjasama Keretapi Sarong telah berlangsung pada hari ini di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Acara ini menawarkan persembahan kebudayaan, bengkel, wayang pacak bersama Tonton, penampilan artis tanah air, dan pelbagai makanan serta kuih tempatan.

Wayang pacak Tonton Original: Filem “Doh” yang bermula dari pukul 4.00 petang diserikan dengan kehadiran barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fabian Loo, Fariz Isqandar serta pengarahnya Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor.

Filem "Doh" membawa penonton mengikuti perjalanan Faiz (Syafiq Kyle) yang tersepit dengan tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi dari bapanya. Situasinya menjadi lebih rumit apabila sebuah bakeri moden yang sangat popular muncul di sekitar kawasan tersebut. Faiz berhadapan dengan tekanan untuk mempertahankan tradisi dan keunikan bakeri keluarganya sambil bersaing dengan pesaing moden yang menarik perhatian pelanggan yang semakin kurang. Adakah Faiz akan membuat keputusan pantas untuk menyelamatkan masa depan bakeri warisan keluarganya? Kisah ini mencuri perhatian dengan gabungan unik tradisi dan inovasi, serta menyentuh tema keluarga yang sangat bermakna.

"Doh" merupakan hasil kerjasama antara barisan pelakon berbakat dan arahan direktor yang berpengalaman dalam industri hiburan iaitu Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor. Bukan sahaja plotnya yang menarik, "Doh" turut menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo, dan ramai lagi, jaminan persembahan luar biasa akan diberikan. Dengan kehadiran mereka, setiap detik dalam filem ini akan menghidupkan suasana.

Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri keajaiban "Doh". Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.


Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #Doh, #DariRotiKeHati dan #ManisPahitBersama. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!