ADIDAS BAWAKAN KONSEP 'HOME OF SPORT' KE GEDUNG JENAMANYA DI MID VALLEY MEGAMALL


Jenama sukan terkemuka, adidas baru-baru ini telah membuka pintunya ke kedai konsep Home of Sport yang pertama di Malaysia di Kuala Lumpur. Konsep jualan yang inovatif ini merevolusikan pengalaman membeli-belah untuk atlet, penggemar gaya hidup aktif dan individu yang suka berfesyen.


Terletak di aras LG berhampiran ruang legar utama Centre Court di Mid Valley Megamall, gedung konsep Adidas ‘Home of Sport’ baharu ini berkeluasan 10,925 kaki persegi, menampilkan ruang yang mencerminkan komitmen jenama tersebut terhadap sukan, keterangkuman, kemampanan dan inovasi. Home of Sport dicipta sebagai satu pusat atau hab untuk mengeratkan komuniti, mencetuskan inspirasi dan meningkatkan prestasi sukan individu atau berkumpulan.


adidas Home of Sport

Home of Sport yang pertama di Malaysia ialah ruang yang mana komuniti setempat yang mempunyai minat yang sama dalam sukan dapat berkumpul dan berhubung dalam perjalanan unik bersama adidas.

Pilihan Produk yang Tiada Tolok Bandingannya

Gedung ini menampilkan produk terbaharu dan hebat daripada adidas, merangkumi semua kategori seperti koleksi Performance, Sportswear and Originals di bawah satu bumbung untuk lelaki dan wanita, serta kanak- kanak.


Dibina untuk Perubahan

Selaras dengan komitmen teguh jenama terhadap kemampanan, Home of Sport menampilkan prinsip mampan dalam reka bentuk, penggunaan bahan dan elemen. Para pengguna boleh mendapatkan rangkaian produk yang mampan dalam usaha menghapuskan sisa plastik dan mencipta perubahan yang lebih bermakna kepada alam sekitar.


Paparan Inovatif

Gedung ini menampilkan sebuah ruang khusus untuk mempamerkan inovasi terbaru adidas dalam teknologi pakaian sukan dan kasut, membolehkan pelanggan terus mendapatkan maklumat terkini dariada adidas untuk mendahului persaingan.


Mengetengahkan Bakat Kreatif Tempatan

Sebagai kedai berkonsepkan Home of Sport yang pertama di Malaysia, adidas bekerjasama dengan dua artis wanita tempatan untuk menghasilkan karya eksklusif untuk dipaparkan di dalam ruang dalaman gedung tersebut. Dua bakat seni tempatan yang terpilih untuk bekerjasama dengan adidas adalah Hanisah dan Syikin.


Hanisah Johari - Woven Piece

Hanisah merupakan seorang artis yang menggunakan teknik tangan tradisional seperti menyimpul, mengait dan menganyam untuk menghasilkan karya seni pelbagai tekstur yang mempersonakan. 

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke gedung teserbut, anda akan dialu-alukan oleh karya seni anyaman Hanisah Johari yang diperbuat daripada fabrik sisa produk adidas seperti pakaian, bra sukan dan kasut. Dengan teknik anyaman tradisional yang dipopularkan oleh kaum wanita, karya seni ini memaparkan rona-rona terang kawasan Brickfields yang juga dikenali sebagai Little India.


Syikin Abdullah - Mural Art

Para pengunjung ke gedung adidas Home of Sport juga dapat melihat empat karya seni lukisan tangan Syikin Abdullah - dua di bilik memcuba pakaian lelaki dan wanita dan dua lagi di bahagian tiang. 

Bertemakan slogan adidas 'Impossible is Nothing', karya seni ini memaparkan jalur balapan dan pergerakan sukan yang sinonim dengan  adidas. Syikin juga memberi sentuhan tempatan kepada hasil karyanya dengan memasukkan elemen merah terang bunga raya dan tumbuhan tempatan seperti pothos dan begonia.


Rangkaian Produk Eksklusif  ‘Bunga Raya’

Sempena pembukaan gedung konsep adidas Home of Sport yang pertama di Malaysia, adidas menghasilkan kemeja T eksklusif -  Bunga Raya Key City Tee.

Diilhamkan oleh bunga kebangsaan kita, Bunga Raya yang melambangkan kekuatan negara, para pengguna boleh mendapatkan kemeja T Runga Raya ini dan juga beg jinjing yang sepadan dengannya dengan pembelian produk adidas yang benilai minimum RM 400 mulai 14 September sehingga 5 October 2023, sementara stok masih ada. Ahli-ahli adiClub juga bleh mendapatkan cenderahati bertemakan Bunga Raya di kedai tersebut.


Lokasi

adidas Home of Sport 
Lot LG-088A, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lajut tentang gedung tersebut dan rangkaian produk bertemakan Bunga Raya, ikuitilah laman Instagram adidas Malaysia di @adidasMY.


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!