BERLUMBA DI BAWAH KERDIPAN BINTANG DI PUMA NITRO NIGHT RUN DI DATARAN PUTRAJAYA NOVEMBER INI!


Para penggemar sukan larian sekalian! Marilah bersiap sedia untuk menyertai 'PUMA Nitro Night Run', anjuran PUMA, dengan kerjasama JomRun, dijadualkan berlangsung pada 4 November 2023 (Sabtu) di Dataran Putrajaya. Acara larian yang hebat juga akan dilengkapkan dengan acara hiburan yang gilang-gemilang.

Peserta boleh memilih di antara dua kategori jarak iaitu 5KM atau 10KM yang lebih mencabar. Kedua-dua perlumbaan ini mempunyai sistem harga bertingkat yang memastikan pendaftar awal mendapat harga yang terbaik!


5KM Run
Super Early Bird (200 peserta yang pertama): RM75
Early Bird (500 yang berikutnya): RM95
Normal (sehingga kehabisan): RM115

10KM Run
Super Early Bird (200 peserta yang pertama): RM95
Early Bird (500 yang berikutnya): RM115
Normal (sehingga kehabisan): RM135

Di samping itu, tanpa mengira kategori jarak, setiap peserta PUMA Nitro Night Run bakal membawa pulang cenderahati istimewa oleh PUMA dan sebuah pengalaman yang sukar untuk dilupakan!

Pulangan Peserta:

Peserta 5KM: Kemeja-T PUMA Nitro Run eksklusif, pingat penamat, E-sijil, dan beg jerut PUMA.


Peserta 10KM: Kemeja-T PUMA Nitro Run eksklusif, pingat penamat, E-sijil, dan beg jerut PUMA, dan chip catatan masa.


PUMA Nitro Night Run bukan sekadar untuk membakar kalori, malah selepas melepasi garisan penamat, para peserta akan dihiburkan dengan persembahan pentas yang meriah dan rancak!

"Di PUMA, kami bukan sekadar pakaian sukan  – matlamat kami adalah mendorong gaya hidup aktif yang sihat dan bertenaga. Kerjasama kami bersama  JomRun untuk membawakan  'PUMA Nitro Night Run' kembali mencerminkan komitmen kami untuk membantu warga Malaysia untuk memberi fokus kepada kesihatan sambil berseronok. Ia bukan sekadar sebuah perlumbaan, ia adalah satu pengalaman yang menggandingkan semangat kesukanan dan hiburan," kata Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia.

PUMA juga mempersembahkan Rangkaian kasut lari PUMA Nitro, yang menjadi inspirasi kepada nama acara larian malam ini. Terkenal dengan daya kusyen yang hebat dan teknologi canggih, rangkaian kasut lari PUMA Nitro memberikan prestasi yang optimu kepada setiap pelari untuk melangkaui had diri masing-masing. Tanpa mengira sama ada anda seorang pelari marathon berpengalaman atau seorang yang pelari santai, kasut lari PUMA Nitro menjanjikan gandingan keselesaan dan gaya yang tiada tolok bandingannya.

Daftar  'PUMA Nitro Night Run' sekarang di  www.jomrun.com/event/PUMA-Night-Run-Powered-By-JomRun .

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!