1 BILION LAZCOINS UNTUK DIREBUT SEMASA JUALAN TAHUNAN TERBESAR 11.11 LAZADA

Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara tampil menawarkan keceriaan berganda sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 dengan menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini. Bermula dari 11 hingga 13 November 2023, jualan tersebut mengundang para pengguna membeli-belah sepanjang hujung minggu dengan tawaran dan diskaun yang hebat.

Lebih 1 Bilion LazCoins untuk Direbut

Rakyat Malaysia boleh menikmati nilai pembelian berbaloi dan penjimatan luar biasa semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada dengan lebih daripada satu bilion LazCoins yang sedia untuk direbut. LazCoins yang dikumpul boleh ditebus untuk diskaun dan harga terendah bagi puluhan juta produk di platform Lazada. Berdasarkan data, didapati bahawa setiap hari, satu daripada tiga pelanggan Lazada menggunakan LazCoins untuk memaksimumkan penjimatan mereka apabila membuat pesanan di platform Lazada merentas rantau Asia Tenggara.

Cara untuk mendapatkan bonus LazCoins sangat mudah. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari dari 1 hingga 13 November untuk mengumpul lebih banyak LazCoins berbanding kutipan pada hari biasa. 

Pelanggan yang mendaftar masuk setiap hari selama 13 hari berturut-turut akan menerima 1,640 LazCoins (bernilai RM16.40) secara percuma yang boleh ditebus untuk menikmati diskaun tambahan bagi produk terpilih, di samping rebat sedia ada seperti baucar platform dan baucar dari penjual, serta baucar Penghantaran Percuma dan banyak lagi. Selain itu, pelanggan yang log masuk ke aplikasi Lazada sepanjang tempoh jualan juga berpeluang menerima kejutan LazCoins secara rawak.

Pengguna platform yang ingin menggandakan pengumpulan LazCoins juga boleh melengkapkan ulasan produk yang dibeli, menyelesaikan misi di aplikasi Lazada, atau bermain game di platform seperti Merge Boss atau GoGo Match. Gamifikasi dengan ganjaran LazCoins pastinya menggalakkan pelanggan untuk kekal aktif di aplikasi. Malahan, keterlibatan dalam aktiviti seperti ini juga memungkinkan para pelanggan untuk menemui produk idaman dan paparan terbaharu di platform. Ianya juga merupakan tenaga penggerak dan penjana kadar pengekalan 7 hari dalam aplikasi yang mencecah hampir 100%.

Teka dan Menang Cepumas Membeli-Belah secara Percuma selama 11 Bulan

Menjelang 11.11, Lazada turut menyediakan banyak lagi kejutan untuk para pelanggan, bermula dengan pemberian hadiah istimewa di media sosial. Bermula 1 November hingga 10 November, peraduan media sosial yang berlangsung selama 10 hari tersebut mengundang pengikut akaun Lazada di Instagram untuk meneka harga jualan produk terpilih.

Untuk menyertai peraduan tersebut, peserta hanya perlu menulis komen tekaan harga jualan produk yang dipaparkan. Sebelas  orang pertama yang meneka harga dengan tepat berpeluang memenangi produk terpilih harian yang merangkumi pelbagai kategori termasuk kesihatan & kecantikan, kelengkapan rumah & kehidupan, fesyen, elektronik dan banyak lagi.

Seorang pemenang bertuah yang meneka dengan tepat harga kesemua produk yang dipaparkan sepanjang 10 hari akan berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu baucar membeli-belah bernilai RM11,000. Secara keseluruhan, terdapat lebih RM100,000 hadiah untuk dimenangi daripada jenama seperti Cosmic Cookware, Dyson, Estee Lauder, Fossil, Kinohimitsu, Lazada Adventures, LEGO, Nescafe, OGAWA, dan POCO.

Banyak untuk Dinikmati sebelum 11.11

Sebelum tibanya 11.11, para pelanggan boleh mula menambah produk kegemaran mereka ke dalam troli seawal 1 November atau terus Chup Dulu* dengan meletakkan deposit untuk mendapatkan tawaran terbaik.  Bahkan, terdapat juga Today Only Deals* bermula 1 hingga 10 November yang membolehkan pengguna menikmati harga terendah sebelum jualan bermula. Para pelanggan pastinya teruja dan rambang mata dengan pelbagai aneka produk seperti barangan runcit, perkakas rumah, produk ibu & bayi, serta banyak lagi daripada jenama seperti Anakku, Enfagrow, Kellogg’s, Julie’s, dan Tong Garden.

Di samping itu, terdapat juga Super Voucher Hunt untuk 11.11 di mana mereka yang berjaya meneka kod tersebut berpeluang memenangi baucar eksklusif melalui aplikasi Lazada. Baucar tersembunyi ini boleh dimenangi dengan memasukkan kata kunci yang lengkap ke dalam bar carian dalam aplikasi dan kemudian boleh ditebus secara eksklusif pada 11 November.

Dapatkan Jenama Terhangat di Lazada

Tibanya 11 November, para pengguna boleh membuat bayaran dengan menggunakan Lazada Bonus* bagi memaksimumkan penjimatan lantaran ganjaran diskaun sebanyak RM9 untuk setiap pembelian berjumlah RM90. Lazada Bonus boleh mula dikumpul dari 1 November hingga tanggal akhir jualan dan untuk pelbagai jenis produk di seluruh platform.

Tahun ini, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada juga memperkenalkan Ha11 of Fame* (Hall of Fame) yang menampilkan 11 tawaran eksklusif produk jenama terkemuka  yang akan bertukar-tukar bermula 11 hingga 13 November. Jenama kegemaran ramai seperti DJI, LEGO, L'Occitane, MAC, Nike, Ogawa, Shiseido, Skechers, dan Xiaomi akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk produk mainan, kosmetik dan penjagaan diri, kasut, dan pakaian.

Bagi pelanggan yang dahagakan harga terendah di Lazada, Mesti Beli Deals* menjanjikan tawaran terhebat dan harga durian runtuh paling eksklusif di LazMall dan Marketplace, di mana para pelanggan boleh jimat besar apabila membeli produk seperti Sony PlayStation 5, Dyson Airwrap, LEGO Icons Jazz Club Building, OGAWA RetreaX Massage Chair, GINTELL S3 Superchair, Roborock Q Revo Robot Vacuum, 70mai A500S Dashcam, dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 80%.

Jangan lupa tandakan kalendar anda untuk Crazy Brand Mega Offers* yang akan berlangsung setiap hari dari 11 hingga 13 November, 12 pagi hingga 2 pagi. Dalam tempoh ini, para pelanggan pasti tersenyum lebar dengan diskaun sehingga 90%* khas di LazMall bagi jenama seperti Aesop, Bose, Lacoste, La Mer, GETHA, Ray-Ban, Pandora, Samsung, Sonos, Jo Malone, dan lain-lain. Sekiranya terlepas peluang tersebut, Brand Mega Offers* akan tersedia sepanjang hari dengan potongan harga sehingga 70%*. Tawaran ini membawakan penjimatan istimewa produk penjagaan kulit SK-II, bagasi Samsonite, kasut Clarks, sistem audio JBL, pakaian Levi's, dan banyak lagi.

Maksimumkan Penjimatan Anda 

Selain promosi jenama dan diskaun eksklusif, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti tawaran LazFlash Extra* yang menjanjikan harga terendah dengan diskaun lebih 50% diskaun bagi produk popular, trending, dan pelbagai tawaran yang wajib dibeli. Baucar Penghantaran Percuma* juga boleh diperoleh merentas aplikasi, hanya tekan pada ikon  Penghantaran Percuma atau ikon Baucar, pecahkan Lucky Egg atau dengan bersuka-ria dengan Lazzie Star. Dengan baucar Penghantaran Percuma, para pelanggan boleh menikmati penjimatan hingga RM20 ke atas caj penghantaran.

Lazzie Star akan memberi ganjaran kepada pengguna sepanjang 11.11 dengan Golden Banknotes dari 1 hingga 13 November, yang kemudiannya boleh ditebus sepanjang tempoh jualan untuk memperolehi hadiah menarik, LazCoins, baucar dan banyak lagi. Untuk mendapatkan Golden Banknotes, hanya perlu daftar masuk setiap hari, selesaikan misi harian atau bermain game seperti Merge Boss di aplikasi Lazada serta lengkapkan Special Orders dalam game tersebut. Apabila misi dalam Merge Boss dilengkapkan, ia melayakkan pemain untuk menebus beg hadiah harian.

Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada sudah hampir tiba! Anda boleh mula menambah item ke dalam troli dan bersiap sedia untuk membuat pembayaran pada pukul 12 pagi pada 11 November agar layak menikmati harga yang tiada tandingan, diskaun durian runtuh besar-besaran, dan pelbagai kejutan hebat dan menawan yang pastinya menambah keceriaan!

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, sila layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini. Banyak lagi tawaran dan butiran yang disenaraikan dalam lampiran yang disediakan.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!