QEW COMMUNICATIONS BAKAL BAWAKAN FTISLAND LIVE 'HEY DAY' KE KUALA LUMPUR PADA 24 FEBRUARI 2024


Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm) bakal menjadikan FTISLAND, kumpulan rock terkenal dari Korea Selatan sebagai projek konsert KPOP pertama mereka. FTISLAND bersedia untuk menghiburkn para peminat mereka, yang dikenali sebagai "PRIMADONNAS," dan menghidupkan kembali kenangan nostalgik sambil memperdengarkan muzik baru dan persembahan live yang mengujakan. 

Selepas kejayaan konsert dua hari "HEY DAY" mereka di Seoul, Korea pada bulan Ogos, FTISLAND, dengan segera mengumumkan tarikh konsert jelajah antarabangsa, termasuk di Malaysia dengan judul "2024 FTISLAND LIVE 'HEY DAY' DI KUALA LUMPUR." 

Acara yang sangat dinanti-nantikan ini bakal dilangsungkan pada 24 Februari 2024, bermula pukul 8 malam di Zepp Kuala Lumpur. Tiket untuk konsert akan rasmi dijual pada pukul 12 tengah hari pada 30 November 2023. 

Tiket-tiket boleh didapati melalui my.bookmyshow.com dan talian hotline +603- 92124202. Harga tiket untuk konsert ini adalah dari RM 688 (Zon Rock VIP - Berdiri Bebas), RM 588 (CAT1 - Berdiri Bebas), RM 488 (CAT2 - Tempat Duduk Bernombor), hingga RM 388 (CAT3 - Berdiri Bebas). 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi: https://www.facebook.com/qewcomm/


Konsert ini dianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd, dan disokong oleh rakan radio rasmi Eight FM, Hot FM dan Fly FM

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025