NOAH KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK MENEMANI PARA PEMINATNYA DENGAN KONSERT DI LOKASI LEBIH BESAR ANJURAN YOLO MALAYSIA

 

Memetik ucapan Ariel sewaktu konsert NOAH tahun lalu, “Semoga tahun depan kita bertemu lagi dalam sebuah acara sebegini dan lokasinya lebih besar!

Nah, bagi mengotakan janji mereka, kumpulan rock nombor 1 dari negara seberang itu yang dianggotai Ariel, Lukman (gitaris) dan David (pemain keyboard) bakal kembali ke Malaysia sekali lagi dalam sebuah pertunjukan istimewa ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’ pada tanggal 11 November 2023, kali ini di lokasi yang lebih besar iaitu Mega Star Arena, bermula tepat jam 8:00 malam, dan dibawakan oleh syarikat penganjur acara yang tidak asing lagi, YOLO Malaysia.

Selain Malaysia, NOAH juga akan turut beraksi di Kota Singa, menurut Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, “YOLO Singapura kini sedang dalam rangka menguruskan konsert NOAH yang seterusnya di Singapura yang dijangka berlangsung sebelum penghujung tahun ini.

“Oleh kerana kejayaan konsert ‘NOAH Live In KL’ pada tahun lalu dengan kehadiran lebih 2,500 penonton bukan sahaja dari Malaysia, bahkan Singapura, Brunei dan juga Indonesia, serta jualan tiket yang ‘sold-out’ dalam masa kurang dua jam, kami bawakan NOAH sekali lagi pada tahun ini seperti yang dijanjikan.

Kerjasama yang terjalin di antara YOLO Malaysia dan NOAH ternyata ‘menjadi’ dan demi memenuhi kehendak peminat yang tidak berpeluang hadir ke konsert lalu, konsert kali ini menyediakan lokasi yang lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman yang lebih hebat.

“NOAH menjanjikan persembahan yang berbeza dengan tema yang berbeza setiap kali membuat persembahan, tambahan pula konsert NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR adalah konsert terakhir mereka di Malaysia sebelum NOAH berehat dalam jangka masa yang panjang,” tambah Haniff.

Menurut Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “NOAH dijangka akan mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu-lagu baharu ciptaan mereka dengan diiringi beberapa pemain muzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Selain itu, susunan muziknya juga turut diperbaharui yang menjanjikan kelainan dan tidak pernah didengari sebelum ini, dan ditambah pula dengan konten visual yang istimewa demi kepuasan pengalaman muzik yang sebenar.

Sebagai salah satu pemain utama dalam lapangan penganjuran acara, YOLO Asia berharap dapat memberikan pengalaman muzik teatrikal yang maksimal untuk semua penggemar muzik ‘live’, jelas Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Kami akan terus berusaha membawakan pelbagai pengalaman muzikal secara langsung yang menjamin pengalaman mengasyikan di rantau ini.

“Seterusnya, YOLO Malaysia kini dalam perancangan menganjurkan festival muzik premium khusus buat penggemar metal di seluruh dunia yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak pada suku pertama 2024 yang digelar ‘Hammersonic Borneo’.

Terdahulu, YOLO Malaysia telah pun mengadakan jualan tiket konsert atas talian pada 7 Oktober baharu-baharu ini khusus buat ‘YOLO Family’ (bagi mereka yang pernah membuat pembelian konsert-konsert YOLO sebelum ini) dengan potongan harga istimewa atau diskaun, akhiri Haniff, “Terima kasih juga kepada pembeli-pembeli tiket yang sudi beratur seawal jam 6 pagi pada keesokan harinya, 8 Oktober bagi mendapatkan tiket yang dijual secara ‘offline’ di pintu masuk Sg. Wang Plaza.

“Dan jangan lupa dapatkan tiket-tiket ke konsert NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR dengan segera secara ‘online’ kerana bilangannya adalah terhad!


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com

Comments

Popular posts from this blog

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN