BOBOIBOY GALAXY SORI MENEMANI PARA PEMINAT CILIK SEMASA CUTI SEKOLAH!


Bersedia untuk pengembaraan baharu BoBoiBoy dan rakan-rakannya! Selepas lima tahun sejak tayangan akhir BoBoiBoy Galaksi pada tahun 2019, siri animasi BoBoiBoy kini kembali dengan BoBoiBoy Galaxy SORI yang akan memukau penonton terutama si cilik!

Khas buat peminat siri animasi BoBoiBoy, saluran televisyen TV9 kini bakal menyajikan siri 6 episod BoBoiBoy Galaxy Sori bermula 13 Disember 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang. Kepada penggemar komik BoBoiBoy, jangan lepaskan peluang untuk saksikan siri terbaharu ini kerana animasinya yang berkualiti tinggi pasti dapat memberikan pengalaman berbeza.

Pengurus Besar, Pengurusan Program Dan Kandungan Penyiaran TV9, Puan Khairunnisa Kamarudin "Kami di TV9 tidak sabar untuk menayangkan siri terbaharu Boboiboy, iaitu Boboiboy Galaxy Sori kepada penonton TV9. Setelah 5 tahun, ramai penonton kami yang menonton siri terdahulu kini telah meningkat remaja dan melalui siri terbaharu ini kami dapat mengumpul lebih ramai penonton, iaitu penonton terdahulu dan yang baru. Menariknya, siri animasi Boboiboy Galaxy Sori ini telah dilakukan dengan lebih halus dan berkualiti tinggi, selain memberikan jalan cerita yang segar. Tidak mustahil untuk setiap episode yang ditayangkan tidak kira di platform Youtube ataupun di saluran TV9, boleh mencecah lebih 500,000 jumlah tontonan."

Pengembaraan baharu BoBoiBoy Sori ini mengisahkan tentang gabungan elemen antara BoBoiBoy Solar dan BoBoiBoy Duri. BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah berpindah ke pangkalan TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheres) bertujuan untuk mengekalkan keamanan galaksi di mana mereka perlu menghalang Sfera Kuasa jatuh ke tangan yang salah.

Demi menjayakan misi mereka, BoBoiBoy harus mempelajari kekuatan elemen tahap ketiga di Planet Rimbara yang merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak. BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu menghadapi banyak cabaran dan melawan beberapa penjahat. Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan dapatkan Kuasa Elemental Balak? Berjayakah BoBoiBoy akan mempelajari Kuasa Elemen Tahap Ketiga?

Ayuh sertai pengembaraan epik mereka di galaksi bersama BoBoiBoy, sahabat-sahabat dan keluarganya menerusi BoBoiBoy Sori yang bakal ditayangkan di TV9 bermula pada 13 Disember 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.30 petang.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM