DOUBLETREE BY HILTON KUALA LUMPUR RAIKAN 'HILTON HOLIDAYS' DENGAN CITA RASA HEBAT PENUH KECERIAAN
Sempena musim perayaan hujung tahun yang meriah ini, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur mengalu-alukan kehadiran anda ke restoran di premisnya untuk menikmati 'Hilton Holidays'. Ciptalah memori indah bersama orang yang tersayang sambil menikmati hidangan yang enak-enak sambil bergembira di musim perayaan ini!
Jamu selera anda di Makan Malam Krismas di Makan Kitchen yang menampilkan aneka hidangan yang pastinya enak-enak belaka seperti Peha Lembu Wagyu yang dipanggang denagn perlahan, Ayam Panggang Perapan Bersama Teh dan Buah Sitrus, Udang Air Tawar Bersalut Merah, Ikan Barramundi Kukus, Kek Buah Stollen, Biskut dan Gula-gula Krismas, dan Ais Krim Gelatomio yang lazat.
Sambil menikmati hidangan yang lazat di Makan Kitchen, si comel mungkin akan tertarik dengan kemunculan Santa dan Santarina.
Menjelangnya Tahun Baharu 2024, tingkatkan pengalaman anda dan raikan Ambang Tahun Baharu di Makan Kitchen dengan menikmati hidangan bufet. Antara hidangan yang harus dicuba adalah Angus Beef Wellington, Kambing Bakar, Ikan Bakar, Loch Fyne Salmon Bersalut Herba, dan hidangan kegemaran ramai, Ikan Barramundi Stim.
Hidangan perayaan juga dinaik taraf dengan Peha Lembu Wagyu, Wagyu Wellington, dan Loch Fyne Salmon, untuk sambutan tahun 2024 yang sukar dilupakan.
Pelbagai aktiviti sampingan yang menyeronokkan juga disediakan untuk para tetamu. Antaranya, penampilan badut dengan belon, Kids Lounge khas buat kanak-kanak, dan kemunculan Cookie Man yang disayangi ramai, yang pastinya menghiburkan tanpa mengira usia.
"Menyambut musim perayaan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur bukan sekadar menikmati hidangan dan aktiviti yang menarik; malah ia juga mengeratkan hubungan sambil menghargai momen bersama mereka yang tersayang. Apabila kami mengalu-alukan kehadiran tetamu, kami komited untuk memberikan satu pengalaman yang menceriakan, mengeratkan dan meraikan semangat perayaan ke dalam setiap memori yang tercipta. Jom meraikan musim perayaan yang ajaib bersama kami," kata Daniel Alcaraz, Pengurus Besar, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Jom ke DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur di musim perayaan untuk menikmati pelbagai hidangan perayaan yang memikat selera bersama keluarga atau rakan-rakan yang disayangi!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +03 2172 7272, e-mel KULDT_FB@hilton.com atau lawati
MAKAN KITCHEN
Festive High Tea Buffet
16 - 17 December 2023 | 12:30pm - 4:00pm
RM148 nett per adult | RM74 nett per child
Christmas High Tea Buffet
23 - 25 December 2023 | 12:30pm - 4:00pm
RM168 nett per adult | RM84 nett per child
Festive Dinner Buffet
1 - 22 December 2023 | 6:30pm - 10:00pm
RM168 nett per adult | RM84 nett per child
Christmas Dinner Buffet
23 - 25 December 2023 | 6:30pm - 10:00pm
RM198 nett per adult | RM99 nett per child
New Year’s Eve Dinner Buffet
31 December 2023 | 6:30pm - 10:00pm
RM238 nett per adult | RM119 nett per child
Additional RM30 nett per person for access to the New Year Celebration at Tosca
New Year High Tea Buffet
1 January 2024 | 12:30pm - 4:00pm
RM148 nett per adult | RM74 nett per child
TOSCA
Christmas 5-Course Dinner
24 - 25 December 2023 | 6:30pm - 10:00pm
RM240 nett per adult | RM120 nett per child
RM98 nett for free flow wine and beer
New Year’s Eve 5-Course Dinner
31 December 2023 | 6:30pm - 10:00pm
RM240 nett per adult | RM120 nett per child
RM98 nett for free flow wine and beer
New Year Celebration
31 December 2023 | 9:00pm - 1:00am
From RM30 nett per person, inclusive of one (1) House Drink
Party Packages
Sparkling Party
RM800 nett | 2 to 4 persons
Celebration Party
RM1,200 nett | 4 to 6 persons
Crazy Party
RM1,600 nett | 6 to 10 persons
Comments
Post a Comment