IPC SHOPPING CENTRE MELANCARKAN ‘SNOW-MUCH-FUN 20VERSARY FEST’ BAGI MERAIKAN ULANG TAHUNNYA YANG KE-20 SEBAGAI TEMPAT BERKUMPUL YANG SELESA UNTUK KOMUNITI


Dalam kemeriahan suasana perayaan, IPC Shopping Centre dengan sukacitanya membuat persediaan bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada musim Krismas ini. Di sepanjang bulan November dan Disember, pusat beli-belah itu menjemput para pembeli untuk mengimbau kembali kenangan nostalgia dan menikmati pengalaman membeli-belah yang pasti menggembirakan dengan pelbagai promosi eksklusif oleh pekedai, aktiviti menarik, tarikan memukau dan hadiah hebat.

Sejak ia mula membuka pintunya kepada orang awam sebagai Ikano Power Centre pada 18 Disember 2003, hingga ia melalui proses penjenamaan semula kepada IPC Shopping Centre pada 2011, dan menjalani pembangunan semula pada 2017, kawasan kejiranan pusat beli-belah itu sentiasa kekal setia terhadap komitmennya untuk menyediakan sebuah destinasi membeli-belah yang memudahkan, selamat, dan mesra keluarga serta selesa untuk komuniti.

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim 

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, “Kami sangat bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai dalam komuniti kami, tidak kira sama ada pembeli, pekedai, atau rakan kongsi kami. Semasa meraikan ulang tahun ke-20 ini, kami ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada semua yang telah menjadikan kami sebagai destinasi pilihan mereka untuk berkumpul dengan selesa. Kami sentiasa mengutamakan komuniti kami. Sebab itulah, selama ini, kami telah berusaha untuk memberikan impak positif kepada para pembeli kami dan mereka yang berada di sekeliling kami sebagai pendorong di sebalik inisiatif kami. Ini dapat dilihat menerusi pengenalan program kesetiaan IPC – Tack Club dan Små Club – yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif dan keistimewaan untuk pembeli setia kami dan anak-anak mereka; dan inisiatif ‘Happiness to Homes’ yang telah memenangi anugerah pada 2021 di mana kami melibatkan para pembeli kami untuk mengumpul hampir RM90,000 bagi membantu 480 keluarga yang memerlukan dengan pelbagai barangan keperluan asas.”

“Selain itu, kami juga berusaha untuk memulihara planet kita dengan mengurangkan impak kami terhadap alam sekitar dan memperkasakan para pembeli kami untuk turut sama berbuat demikian. Selama lebih 14 tahun, Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) kami, yang berjaya mencapai kadar kitar semula sebanyak 75%, telah berkembang menjadi hab kitar semula yang dinamik, terutamanya selepas ia dinaiktaraf pada 2022 untuk membolehkan pengitaran semula sehingga 15 kategori sisa yang memudahkan lagi pembeli kami. RBBC kami turut memenangi anugerah berprestij kerana peranan penting dalam menyokong peningkatan aspirasi kelestarian dalam komuniti. Kami juga telah melancarkan Stesen Pengecasan EV proprietari kami yang direka bagi memenuhi evolusi keperluan pelanggan kami. Kami turut menggalakkan kanak-kanak dan remaja untuk menyertai kami dalam membentuk sebuah planet yang lebih mampan dengan mencabar mereka mencipta sesuatu yang istimewa bagi membantu melindungi bumi menerusi pengenalan Anugerah Little Eco-Heroes IPC dengan kerjasama rakan super kami, Alliance Bank. Kami berharap menerusi segala usaha yang kami lakukan, kami dapat mencipta kehidupan yang lebih baik setiap hari untuk ramai orang,” tambah beliau.


Sempena sambutan ulang tahun ke-20 IPC Shopping Centre, para pembeli berpeluang untuk mencipta kenangan dengan menerokai semua tarikan dan aktiviti yang disediakan di sekitar pusat beli-belah itu. Ini termasuk:

1) Jätte, Belon Kuda Dala Gergasi di hadapan Swedish Café, Aras G: Para pembeli boleh merakamkan kenangan dengan belon kuda Dala gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia. Belon setinggi 7.5 meter ini bukan sahaja mencerminkan identiti pusat beli-belah ini, yang mempunyai pertalian dengan asal-usulnya dari Sweden, tetapi turut menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan penghormatan yang mendalam terhadap seni pertukangan. Ini dapat dilihat menerusi kerjasama pasukan antarabangsa antara Artis Kejuruteraan Arca Thailand, Warrasruang Samuttaphan yang berjaya menghidupkan arca itu melalui BalloonART dari Thailand dan artis belon Malaysia yang mahir, Joseph Ho bersama-sama dengan pasukannya yang telah memasang arca itu degan teliti di IPC Shopping Centre setelah ia dibawa ke Malaysia.

2) Galeri 20versary, Aras G: Para pembeli boleh mengimbau kenangan nostalgia dengan menelusuri sejarah perjalanan pusat beli-belah itu selama 20 tahun, meraikan kejayaan dan pencapaiannya.

3) 20versary Grand Draw: Mulai hari ini hingga 1 Januari 2024, ahli Tack Club boleh menyertai ‘20versary Grand Draw’ dan merebut peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM80,000 dengan lebih daripada 400 hadiah mingguan untuk dimenangi. Hadiah-hadiah ini termasuk ganjaran premium IPC, Mata Tack, dan ganjaran utama seperti Pengering Rambut Dyson Supersonic, Sony PlayStation 5, dan Apple iPhone 15 Pro. Ahli yang membeli-belah dan berbelanja di IPC Shopping Centre boleh menebus token mereka dari i-Counter di Aras G dan berpeluang untuk mencuba nasib dengan mesin Gashapon. Satu hadiah utama yang terdiri daripada 20,000 Mata Tack dan satu ganjaran utama akan disediakan pada setiap minggu. Sebarang hadiah yang tidak dituntut akan dibawa ke hadapan dan ditambahkan ke dalam hadiah minggu yang berikutnya, menjadikan hadiah cabutan yang lebih besar.

● Ahli Tack Club yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima 1 token

● Dari 16 hingga 18 Disember, ahli yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima dua kali ganda token

Bagi memeriahkan lagi sambutan, IPC Shopping Centre turut memperkenalkan 10 Lencana Tack Club termasuk lencana edisi terhad Ulang Tahun ke-20 dalam aplikasi mudah alih IPC. Untuk mengumpul lencana-lencana ini, para pembeli perlu menyempurnakan misi tertentu seperti menghantar gambar dan mendaftar masuk acara. Setiap misi yang disempurnakan turut melayakkan pembeli untuk menerima Mata Tack tambahan; menjadikan aplikasi IPC sebagai teman membeli-belah yang penting.


Di sepanjang tempoh ini, para pembeli juga berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif daripada kedai yang mengambil bahagian, merangkumi pelbagai kategori seperti F&B, kecantikan, teknologi, serta rumah dan gaya hidup. Antara pekedai yang mengambil bahagian termasuk All IT Hypermarket, yang menawarkan potongan harga untuk barangan terpilih; Spotlight, yang menawarkan diskaun 40% untuk barangan terpilih; IKEA Damansara, yang menawarkan diskaun sehingga 20% untuk barangan terpilih, dan banyak lagi tawaran menarik eksklusif untuk para pembeli IPC.

IPC Snow-Much-Fun 20versary Fest

Sempena kemeriahan ulang tahun ke-20, IPC Shopping Centre turut mengalu-alukan ketibaan musim perayaan dengan mengumumkan Snow-Much-Fun 20versary Fest, di mana para pembeli boleh meraikan Krismas musim salji Sweden berskala besar yang menjadi lebih istimewa dengan pemasangan arca-arca unik di Ruang Legar, Aras G:

1) Pertunjukan Lampu ‘Christmas Rhapsody’: Para pembeli boleh menyaksikan pertunjukan lampu yang mengasyikkan sambil diiringi dengan lagu Krismas yang popular setiap hari pada 7:30 malam, 8:00 malam dan 8:30 malam.

2) Paparan LED ‘Enchanting Dala’: Kanak-kanak boleh menunjukkan kreativiti mereka dan mengalami sendiri gabungan antara seni tradisional dan teknologi dengan mewarnakan sendiri kuda Dala mereka yang unik di atas kertas. Karya mereka akan dihidupkan menerusi paparan pada skrin LED, yang menampilkan warna ceria dan latar belakang dinamik.


Mulai 23 Nov 2023 hingga 1 Jan 2024, pembeli yang berbelanja di IPC Shopping Centre juga boleh menebus ganjaran melalui i-Counter di Aras G:

● Tebus dua (2) e-baucar Salji RM5 dengan berbelanja minimum RM200 dalam dua (2) resit
● Tebus satu (1) Botol Montigo Swede Anniversary Christmas dengan berbelanja minimum RM1,000 dalam (3) resit untuk pembeli biasa (RM800 untuk ahli Tack Club IPC)

Sebagai menghargai sokongan berterusan para pembeli, mereka juga berpeluang mendapatkan lebih banyak hadiah dengan mengambil bahagian dalam acara permainan yang dijadualkan dari 16 hingga 18 Disember 2023. Butiran penuh acara ini akan diumumkan di laman sesawang dan media sosial rasmi IPC Shopping Centre.

Selain itu, para pembeli boleh menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bengkel kanak-kanak bertemakan Krismas untuk ahli Små Club, persembahan perayaan seperti nyanyian Krismas serta kemunculan maskot kegemaran kanak-kanak – gadis Sweden dan Små Club Buddies untuk sesi beramah mesra.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan IPC 20versary dan Snow-Much-Fun 20versary Fest, sila kunjungi ipc.com.my/20thAnniversary dan ipc.com.my/Snow2023 atau ikuti IPC Shopping Centre di Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025