ALAMI KEAJAIBAN ‘CHRISTMAS - LOVE & MAGIC’ DI PAVILION KUALA LUMPUR
Mulakan sambutan Krismas yang penuh keajaiban di Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama Malaysia. Melangkah ke dunia yang indah and meriah di Centre Court yang telah ditransformasi menjadi hutan mistik yang menakjubkan! Tema 'Christmas Love & Magic' ini selaras dengan tema 'Love Pavilion' bagi sambutan ulang tahun Pavilion yang ke-15 yang sedang berlangsung selama setahun dan juga tema Krismas Cartier iaitu 'Magical Encounters'.
Saksikan keindahan pokok-pokok Krismas yang tergantung dan berputaran di Centre Court. Pebagai patung haiwan ajaib yang comel dan hiasan perayaan termasuk kereta luncur Santa dan juga tunggangan karusel yang menarik yang pastinya boleh dijadikan latar belakang yang menarik untuk swafoto di Pavilion KL. Kempen 'Christmas Love & Magic' bakal diteruskan sehingga 7 Januari 2024.
Di pintu masuk utama pusat membeli-belah Pavilion KL, hiasan Krismas 'Magical Encounters' Cartier bakal mengalu-alukan kehadiran anda . Anda juga boleh menyertai permainan 'The Fabulous Cartier Journey' untuk mengumpul sebanyak mungkin permata semasa mengemudi kapal udara Cartier.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di Centre Court seperti pengalaman realiti maya 'DJI Avata' yang membawa anda "terbang", persembahan nyanyian lagu-lagu Krismas, tarian, penampilan maskot Santa dan sesi beramah-mesra bersama Santa.
DJI juga akan menganjurkan peraduan 'Snap & Win' di reruai Krismas mereka di Centre Court dari 21 November 2023 hingga 7 Januari 2024. Para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000 termasuk DJI Mini 4 Probaharu, OSMO Mobile 6 dan barangan DJI edisi terhad.
Untuk menyertai peraduan ini, anda harus menyukai laman Facebook DJI dan Pavilion KL serta muat naik foto kreatif yang diambil di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur ke laman Instagram, dengan menggunakan hashtag #DJIxPavilionKL dan #PKLChristmasLoveMagic.
Sepuluh pengunjung dengan pembelian tertinggi pada musim perayaan ini akan menerima sebuah iPhone 15 (256GB) terbaharu sebagai ganjaran. Manakala, mereka yang berbelanja melebihi RM1,000 atau RM3,000 dalam satu resit dengan Kad Kredit atau Caj Maybank di kedai terpilih dan kedai F&B* boleh menebus Hydro Flask Tumbler (355ml) atau Hydro Flask (532ml) masing-masing.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen 'Christmas - Love & Magic' Pavilion KL, sila layari www.pavilion-kl.com atau hubungi kaunter concierge Pavilion Kuala Lumpur di talian 03 2118 8833. Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dengan mengikuti laman Facebook, X/ Twitter atau Instagram Pavilion Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment